Tiada Tempat Bagi Golongan Ekstrimis Dalam Masyarakat Malaysia – Khairy

MELBOURNE, 23 April – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata tiada tempat bagi golongan ekstremis politik dan agama dalam masyarakat di Malaysia. Bercakap di hadapan 800 pelajar universiti rakyat Malaysia yang datang dari seluruh Australia untuk sidang kemuncak Malaysia Australia (MASA) kali kedua di sini, beliau meminta mereka supaya mengambil jalan tengah dan mempunyai [...]

Tolak Tawaran Beli Air… ‘Bodoh Tak Boleh Diajar, Pandai Tak Boleh Diikut’

KUALA LUMPUR 22 April – Keegoan yang tidak bertempat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ekoran penolakan terhadap tawaran Negeri Sembilan untuk menjual 20 juta gelen air kepada negeri itu boleh diibaratkan sebagai ‘bodoh tidak boleh diajar dan pandai pula tidak boleh diikut’. Ketua Pemuda UMNO Selangor,  Zainuri Datuk Zainal berkata dalam keadaan [...]

Khairy Sertai Latihan Pelumba Basikal Negara Di Melbourne

MELBOURNE, 22 April – Atlet lumba basikal Malaysia yang menjalani latihan hari ini terkejut namun gembira apabila Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menerima jemputan untuk berbasikal bersama mereka di sepanjang jalan di Melbourne awal hari ini. Dalam cuaca sejuk sehingga menusuk tulang dan keadaan jalan yang basah, Khairy berbesar hati menyarungkan baju lengan panjang [...]

Pemuda UMNO Tanjong Buat Laporan Polis Terhadap Surendran

GEORGE TOWN, 21 April – Pemuda UMNO bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis terhadap naib presiden PKR N.Surendran kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikai kredibiliti sistem kehakiman negara. Laporan itu dibuat Naib Ketuanya Mohd Yusmadi Mohd Yusof di Balai Polis Lebuh Pantai di sini. Beliau diiringi kira-kira 10 anggota Pemuda UMNO bahagian Tanjong dan [...]

Ahli UMNO Perlu Bersatu Memperkukuhkan Lagi Parti Berdepan PRU-14

PUTRAJAYA, 21 April – Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, Ahmad Faisal Abdul Karim berkata  semua ahli UMNO kini perlu bersatu membawa parti ke arah pengukuhan dan pentadbiran yang lebih relevan seiring perkembangan arus semasa. Ini jelas beliau amat penting untuk memperbaiki imej parti ke arah yang lebih positif selaras perjuangan parti menjelang persediaan menghadapi Pilihan Raya [...]

Bantah Beri Air Percuma Untuk Halalkan Kenaikan Tarif Air Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, 18 April – Akhirnya tindakan populis pakatan pembangkang memberikan air percuma telah memakan diri sendiri apabila wakil rakyat mereka sendiri mengakui perkara itu hanyalah satu keputusan yang kurang bijak selain tidak efisien dalam pengurusan air di Selangor Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pandan, Muhammad Faizal Sufar berkata hakikatnya kerajaan pakatan pembangkang sebenarnya sedar tindakan [...]

Khairy Bidas Zulkifli Kerana Kenyataan Tidak Sensitif Kematian Karpal

KUALA LUMPUR, April 17 – Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh. Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau [...]

Naik Tarif Air : Sekali Lagi Rakyat Pulau Pinang Kena Tipu

KUALA LUMPUR, 16 April – Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang menyelar tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk menaikkan tarif air di negeri tersebut. Ketuanya, Rafizal Abd Rahim berkata, cadangan menaikkan tariff air ini berlaku tidak sampai setahun surcaj air dinaikkan 100% dari RM0.24 sen ke RM 0.48 sen. “Ini adalah bebanan tambahan kepada rakyat Pulau [...]

Pelajar Kedah Di Tiga Universiti Di Jordan Mengadu Nuran Naik – Pemuda UMNO

ALOR SETAR, 16 April – Kira-kira 370 pelajar Kedah yang sedang melanjutkan pelajaran di tiga universiti di Jordan mengadu yuran pengajian naik sekali ganda sekali gus membebankan mereka sejak setahun lepas, menurut Pemuda UMNO Kedah. Ketuanya Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pelajar terbabit dari universiti di Amman, Irbid dan Mafraq mendakwa yuran meningkat kepada [...]

Pandang Ke Hadapan Dalam Usaha Mencari MH370, Usah Salahkan Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 April  - Semua pihak digesa memandang ke hadapan berhubung operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, bukan berpatah balik dan cuba menyalahkan sesiapa, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini. Beliau berkata menuduh Malaysia bersalah berhubung kehilangan pesawat itu adalah tidak berasas dan oleh kerana kejadian itu belum [...]


Follow umnoonline on Twitter

DiKemaskini 15 April 2014 12:46 PM