|
Oleh S.A Najmuddin
Kuala Lumpur -- Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini meluaskan usaha membantah penerbitan dan penyebaran filem dokumentari ‘Fitna’ oleh Geert Wilder dengan bertindak mengedarkan senarai produk Belanda untuk diboikot.
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Pirdaus Ismail berkata senarai produk Belanda akan diedarkan kepada seluruh umat Islam di negara ini menerusi masjid-masjid dan surau-surau.
Jelas beliau tindakan ini diambil hasil pertemuan Pemuda UMNO dan PPIM yang turut mewakili 60 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lían.
"Kita telah bertemu dan bermesyuarat untuk mengedarkan senarai produk Belanda kepada seluruh umat Islam di negara ini menerusi masjid-masjid dan surau-surau.
"Sehubungan itu, kita telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Kerajaan menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi untuk memaparkan senarai barangan dan produk Belanda itu di masjid-masjid dan surau di seluruh negara", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Justeru katanya Pemuda memohon kerjasama jabatan-jabatan agama negeri dan juga pengerusi-pengerusi qariah masjid agar membantu menjayakan usaha membantah filem ‘Fitna’ ini menerusi khutbah Jumaat dengan menyampaikan mesej memboikot pengedaran, jualan dan belian produk Belanda kepada seluruh umat Islam.
Senarai produk Belanda ini juga boleh diperolehi dengan mengakses ke laman web Pemuda UMNO Malaysia di www.pemuda.com.my dan laman web PPIM di www.muslimconsumer.org.my.
Berikut senarai produk dari Belanda yang mesti diboikot umat Islam di negara ini.
1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans
5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell –Minyak
9. Ferrero Roche - Coklat
11. Wall’s - Ais Krim
12. Ing -Insurans
13. Planta -Magerin
14. Lady’s Choice -Magerin
15. Lipton -Teh
16. Shell -Minyak
17. Knorr -Perisa Makanan
18. Dove -Mandian
19. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
20. Radiant -Deodoran
21. Rexona -Deodoran
22. Ponds -Produk Kecantikan
23. Kieldsens -Coklat
24. Slimfast -Produk Pelangsing
25. Lego -Kismis
26. Philips -Barangan Elektrik
27. Duyvis -Makanan Ringan
28. Gouda -Keju
29. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
30. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
31. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
32. Labello -Lip Balm
33. Pickwick -Teh
34. Venz -Mentega Coklat
35. Kinder Bueno -Coklat
36. Unilever -Syarikat
37. Sunsilk -Shampoo
38. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
39. Lux -Mandian
40. Vaseline -Lip Balm
41. Cif -Pencuci Lantai
42. Surf -Pencuci Kain
43. Wishbone -Pencuci Kain
44. Doriana - Keju Krim
45. Bertolli -Minyak Masak
46. Clear -Shampoo
47. Breeze -Pencuci Kain
48. Sun -Pencuci Kain
|