Isu Pas: Kemelut Pas, "Kokok Berderai-derai, Ekor Penuh Tahi"
Posted on Wednesday, November 25 @ 13:05:09 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa




Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur --  Sindrom penafian yang kini diamalkan Pas tidak akan mampu menutup segala kemelut dalaman yang sedang melanda parti itu sebaliknya bakal memakan diri sendiri.


Jika sebelum ini setiap isu segera dinafikan pemimpin Pas dengan menyalahkan pihak lain sebagai punca nampaknya ia tidak lagi mampu digunakan apabila isu yang ditimbulkan kali ini didedahkan di kalangan pemimpin Pas sendiri.

Bermula isu Muktamar Agung Khas (EGM), bai’ah talak tiga, penajaan ke mekah, peletakan jawatan menantu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat hinggalah ura-ura peletakan jawatan Husam Musa, Pas kini sebenarnya tidak mampu lagi menutup pekong mereka.

Mengulas perkara tersebut, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Mohamad Iruan Zulkifli menyifatkan sindrom penafian yang diamalkan Pas sudah tidak lagi mampu mengelirukan rakyat.

Jelasnya, jika selama ini Pas berjaya menutup kemelut mereka dengan melencongkan setiap isu ke arah pihak lain tetapi kini mereka mula terperangkap dengan agenda pemimpin mereka sendiri.

"Isu yang melanda Pas sekarang bukan direka-reka tetapi dicetuskan di kalangan orang dalam parti itu sendiri termasuk pemimpin mereka.

"Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas sendiri sudah wujud pihak-pihak tertentu yang mahu menjaga kepentingan masing-masing. Kita yakin ada banyak lagi isu yang akan terbongkar selepas ini kerana masing-masing akan mendedahkan pekong sesama mereka", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda di sini, hari ini sebagai mengulas sikap penafian pemimpin Pas terhadap isu-isu yang melingkari perjuangan mereka ketika ini.

Tambah beliau lagi, rakyat ketika ini sedang memerhatikan apa yang berlaku dalam Pas termasuk rakan pakatan mereka sendiri.

"Ibarat kokok berderai-derai ekor penuh tahi….pembangkang kata, serang macam-macam pada UMNO dan BN tapi mereka lupa mereka sendiri penuh dengan masalah.

"Ada masa tertentu mereka boleh tipu rakyat tapi rakyat tidak boleh ditipu sepanjang masa", ujarnya.


 
· More about Berita / Isu Semasa
· News by admin


Most read story about Berita / Isu Semasa:
Pemuda, PPIM Edar Senarai Produk Belanda Untuk Diboikot



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia