Pemimpin DAP Biadap, Pemuda Tuntut Permohonan Maaf
Posted on Thursday, December 10 @ 17:38:23 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa




Oleh Yus Iskandar


Kota Bharu -- Pemuda UMNO menggesa Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung tindakannya mengungkit perbelanjaan kerajaan membina masjid di seluruh negara.

Selain itu, Pemuda juga meminta Ahli Parlimen berkenaan menarik balik kenyataan yang dianggap biadap dan menyentuh sensitivi umat Islam yang dikhuatiri bpoleh menimbiulkan sentimen kebencian antara kaum.

Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata tindakan aahli parlimen DAP itu perlu diambil perhatian serius oleh pihak berkuasa kerana dibimbangi akan mencetuskan api perkauman dan sebagainya.

Tegas beliau tindakan itu tidak dapat diterima dan Nga Kor Ming perlu faham dan Perlembagaan Negara yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi di negara ini tanpa meminggirkan mana-mana agama lain.

”Dalam soal ini, kita ingin juga melihat pendirian Pas yang kononnya melabelkan perjuangan mereka berteraskan Islam selain mendakwa dibarisi tokoh-tokoh agama dan cendekiawan Islam lain.

”Nah....hari ini ke mana suara dan kelantangan yang sebelum ini cukup berdegar-degar apabila berdepan dengan UMNO dan BN. Apakah kerana DAP sekutu mereka menyebabkan mereka seolah-olah menjadi syaitan bisu sungguh pun perkara yang diungkit oleh Nga Kor Ming itu melibatkan soal agama.

”Apakah kerana politik Pas sanggup berdiam diri. Jika Pas berdiam diri, maka mereka menghalalkan serta reda penghinaan terhadap agama Islam. Prinsip benar tetap benar dan salah tetap salah perlu diutamakan.Tunjukkan kelantangan anda”, katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Sebelum ini. Kor Ming mengedarkan kenyataan di pusat media Parlimen mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh sama.

Ahli Parlimen Taiping yang juga Bendahari Agung DAP itu berkata, sebab itu Kerajaan Pusat harus belajar dari kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

Tegas Afandi lagi, tindakan ahli parlimen DAP itu merupakan sesuatu yang amat sensitif dan pihaknya khuatir ianya boleh membangkitkan perasaan marah dan tidak puas hati mana-mana pihak sekaligus megancam keselamatan negara.

 ”Kita bukannya nak bermusuh dengan mana-mana agama lain dan sama sekali tidak menyekat kebebasan beragama. Jangan Nga Kor Ming melampaui batas dengan berselindung di sebalik kebebasan bersuara dan sebagainya”, katanya.


 
· More about Berita / Isu Semasa
· News by admin


Most read story about Berita / Isu Semasa:
Pemuda, PPIM Edar Senarai Produk Belanda Untuk Diboikot



 Printer Friendly Printer Friendly




Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia