Isu Semasa Pemuda: "Gerakerja Pemuda Prihatin" Untuk Rakyat
Posted on Friday, February 05 @ 23:20:48 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa




Oleh Haris Razali

Jerlun, 5 Feb – Bertempat di rumah Abdul Halim Abu Bakar dan Azmi Abdullah,di Sanglang Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berganding bahu membaiki kedua-dua rumah tersebut.


Dengan kerjasama Giat Mara, mereka dibantu belia yang lain mengambil inisiatif menerusi program Pemuda Prihatin melaksanakan khidmat masyarakat kepada penduduk setempat.

Apa yang jelas, “permusuhan” serta “sejarah” ketika pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pada pemilihan lalu diketepikan dan pembelaan terhadap rakyat diutamakan.

Dengan gelak tawa serta saling usik mengusik, keceriaan jelas terpancar di wajah warga Pemuda serta belia di kawasan berkenaan melihat kedua-dua tokoh berkenaan mengenepikan permushan lama demi kebajikan dan kepentingan rakyat.

Khairy berkata program itu akan menjadi asas untuk diperluaskan ke seluruh negara dalam usaha membantu mana-mana keluarga daif yang memerlukan bantuan.

Menurut beliau pergerakan itu akan turun ke bawah dan akan memilih rumah-rumah untuk dibaiki menerusi konsep gotong-royong sepertimana yang dilaksanakan hari ini.

"Kita tawarkan beberapa khidmat seperti membaiki dapur, bilik air dan sebagainya. Apa yang kita tengok, selain daripada aktiviti biasa Pemuda seperti sukan dan sebagainya, program Pemuda Prihatin ini dilihat sentuhan mendalam dan berpanjangan dengan masyarakat setempat.

"Kalau kita lihat sentuhan berpanjangan untuk sesuatu program, program seumpama ini adalah lebih relevan dan lebih dekat dengan rakyat berbanding dengan program ceramah dan program sepintas lalu yang lain.

"Dan usaha kita yang murni dan ikhlas ini sudah pasti akan bersama dengan mereka selain dapat membawa keselesaan dan kelegaan kepada kehidupan seharian," katanya.

Apa yang jelas, tegasnya, kita bersedia dan sama-sama berganding bahu dengan semua pihak untuk membantu rakyat yang memerlukan pembelaan sewajarnya. Tentunya khidmat seperti ini pilihan ramai. Siapa yang tidak mahu bersama UMNO membantu rakyat?


 
· More about Berita / Isu Semasa
· News by admin


Most read story about Berita / Isu Semasa:
Pemuda, PPIM Edar Senarai Produk Belanda Untuk Diboikot



 Printer Friendly Printer Friendly


Associated Topics

Berita Terkini



Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (UMNOYOUTH), Hakcipta Terpelihara.
All logos and trademarks in this site are property of their respective owner.
The comments are property of their posters, all the rest by Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia