Isu Semasa Pemuda: Pemuda Lapor Polis, Minta Siasat Anwar Jaja Nama YDP Agong, Panglima ATM Posted on Sunday, March 21 @ 12:16:15 MYT
Topic: Berita / Isu Semasa
|
|
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur, 21 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis berasingan berhubung dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim bahawa penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berbohong dengan menggunakan nama YDP Agong dan Panglima Angkatan Tentera.
Pemuda UMNO Selangor mengemukakan laporan di Ibu Pejabat Polis Sepang, Selangor di Bandar Baru Salak Tinggi. Ketua Pemudanya Sdr Suhaimi Mohd Ghazali turut yang merujuk kepada ucapan bahas Zahrain di Parlimen, baru-baru ini, turut melampirkan keratan-keratan media arus perdana yang melaporkan berita berkaitan.
Beliau meminta polis menyiasat dakwaan Anwar berbohong kepada rakyat bahawa Ahli Parlimen BN akan melompat parti untuk menjayakan pelan 16 September 2008; Anwar menjaja nama YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk mengukuhkan hujahnya; Anwar beohong mengatakan YDP Agong berkenan beliau jadi perdana menteri keenam; dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia juga menyokongnya.
Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pula diketuai oleh Sdr Rizalman Mokhtar membuat laporan polis yang sama di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Beliau meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan-dakwaan Zahrain berhubung isu yang sama.
Sementara itu, seramai 40 ahli
Pergerakan Pemuda UMNO Johor membuat laporan polis berhubung isu yang sama di
IPD Pontian petang ini.
Laporan tersebut dibuat oleh ketuanya,
Mohd. Fadil Muskon
pukul 4.30 petang semalam.
“Bagi Pemuda UMNO Johor, tindakan Anwar itu tidak
bertanggungjawab dan mencemarkan nama baik kedua-dua institusi tersebut hanya
untuk mencapai cita-cita politik beliau menjadi Perdana Menteri,” katanya. Selain daripada itu, Pemuda UMNO Terengganu,
Sabah, dan Pulau Pinang turut mengambil langkah yang sama agar pihak berkuasa
menyiasat perkara berkenaan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|