RM 1, Cukup-cukuplah Mengada-ngada!!
Date: Monday, November 16 @ 18:09:16 MYT
Topic: Kolumnis



Kamarulzaman Kamdias

Apa maksud tersirat bila gaji RM1 diumumkan sebagai ganjaran menjadi penasihat kewangan Selangor?



Tiada maksud lain, melainkan mengada-ngada, menunjuk-nunjuk. Orang Sabah kata ‘mintak puji’.

Kalau dilayan boleh jadi budaya lelong dalam filem P.Ramlee. Takkan pemimpin kerajaan BN nak “bidding” pulak sampai jatuh ke RM0.50.

Memang Anwar tak ada kerja lain..siang malam propaganda, propaganda dan propaganda.

Makin bankrap idea nampaknya.

Lama mana sangatlah boleh bertahan kalau siang malam pakai steroid untuk jadi sihat dan kuat.

Kalau siang malam pakai steroid propaganda lama-lama boleh jadi “immune”. Bila dah “immune”, kesan yang akan berlaku ialah apa isu pun akan dimanipulasi asal dapat mengekalkan carta di tangga teratas sebagai pemimpin paling popular.

Akhirnya isu paling bodoh pun dia akan guna. Disebabkan sudah immune, propaganda paling bodoh pun dia akan rasa paling hebat.

Itulah keburukannya bila terlalu bergantung kepada steroid propaganda untuk mengekalkan pengaruh.

Makin hari makin kesian den tengok Anwar ni. Dia rasa dia hebat. Tapi dia tak tau kita kesian tengok dia…







This article comes from Laman Web Pemuda UMNO Malaysia
http://www.pemuda.com.my

The URL for this story is:
http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=9462