 |
FASAL
1
NAMA
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays
National Organisation)
|
FASAL
2
COGANKATA UMNO IALAH:-
BERSATU - BERSETIA - BERKHIDMAT
|
FASAL
3
ASAS DAN TUJUAN
UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang
mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan
maruh dan martabat bangsa, agama dan negara.
| |
3.1 |
Mempertahankan kemerdekaan
dan kedaulatan negara. |
| |
3.2 |
Mendukung dan mempertahankan
Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri
dan Raja Berpelembagaan. |
| |
3.3 |
Menegak, mempertahan dan
mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta
menghormati prinsip kebangsaan beragama. |
| |
3.4 |
Mempertahankan kedaulatan
rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan
Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen
serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan
Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. |
| |
3.5 |
Menjamin kedudukan Bahasa
Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa
rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan
yang berteraskan Kebudayaan Melayu. |
| |
3.6 |
Mewujudkan kerjasama antara
kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia
yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak
Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu
dan Bumiputera. |
|
FASAL
4
JENIS AHLI
| |
4.1 |
Ahli-ahli UMNO adalah dua
jenis: |
| |
|
| 4.1.1 |
Ahli Biasa |
| 4.1.2 |
Ahli Bergabung |
|
| |
4.2 |
Ahli Biasa ialah Warganegara
Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera
yang berusia 18 tahun keatas. |
| |
4.3 |
Ahli Bergabung ialah sebuah
pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama
dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang
ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. |
|
FASAL
5
PENDAFTARAN KEAHLIAN
| |
5.1 |
Tiap-tiap orang Melayu
dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai
ahli UMNO mengikut Perlembagaan dan peraturannya. |
| |
5.2 |
Permohonan mendaftar sebagai
ahli biasa hendaklah dikemukaan kepada Jawatankuasa
Cawangan yang dikehendaki menerima dan meluluskan
permohonan tersebut. |
| |
5.3 |
Borang pendaftaran menjadi
ahli hendaklah ditandatangani oleh pemohon
dan seorang pencadang dari ahli daripada Cawangan
di mana ia memohon menjadi dan hendaklah disertakan
dengan bayaran wang pendaftaran dan yuran
mengikut Fasal 25.1. |
| |
5.4 |
Jika pemohon tidak didaftar
sebagai ahli dalam satu bulan, ia boleh melapor
hal ini kepada Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa
Bahagian mesti mengarah Jawatankuasa Cawangan
mendaftar pemohon tersebut sebagai ahli. |
| |
5.5 |
Jika Jawatankuasa Bahagian
tidak melaksanakan mengikut Fasal 5.4 atau
Jawatankuasa Cawangan masih enggan mematuhi
arahan Jawatankuasa Bahagian, pemohon boleh
dalam satu bulan, melapor kepada Majlis Tertinggi
yang selepas menimbang apa-apa bantahan di
bawah Fasal 5.6, jika ada, mengarah Jawatankuasa
Cawangan mendaftar pemohon itu sebagai ahli. |
| |
5.6 |
Mana-mana ahli boleh melapor
kepada Majlis Tertinggi atas mana-mana pemohon
yang difikirkan tidak layak menjadi ahli serta
memberi sebab-sebabnya. |
| |
5.7 |
Majlis Tertinggi berhak
membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan
pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran
itu (termasuk menarik balik pendaftaran) dan
keputusan itu adalah muktamad. |
| |
5.8 |
Pertubuhan yang hendak
menjadi Ahli Bergabung hendaklah menghantar
permohonannya dengan bertulis yang ditandatangani
oleh Yang Dipertua dan Setiausaha kepada Setiausaha
Agung UMNO. |
| |
5.9 |
Majlis Tertinggi UMNO berkuasa
menetapkan borang permohonan wang pendaftaran
dan yuran ahli. |
|
FASAL
6
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
| |
6.1 |
Tiap-tiap ahli mempunyai
tanggungjawab seperti berikut: |
| |
|
| 6.1.1 |
Memegang teguh dasar
parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya. |
| 6.1.2 |
Mendaftar diri sebagai
pengundi dan mengundi di setiap pilihan
raya, melainkan atas sebab-sebab yang
boleh diterima oleh Majlis Tertinggi. |
| 6.1.3 |
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat
dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan
parti. |
| 6.1.4 |
Menjalankan kerja-kerja
parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah
dan disiplin parti. |
| 6.1.5 |
Menyokong calon-calon
parti yang bertanding dalam pilihan
raya. |
| 6.1.6 |
Berkhidmat kepada
orang ramai. |
| 6.1.7 |
Bersedia dan sanggup
menentang musuh-musuh negara. |
|
| |
6.2 |
Tiap-tiap ahli mempunyai
hak-hak yang berikut: |
| |
|
| 6.2.1 |
Bercakap dan mengemukakan
pendapat-pendapat dan mengundi di dalam
mesyuarat-mesyuarat parti. |
| 6.2.2 |
Memilih, dipilih
dan dilantik untuk sebarang jawatan
di dalam parti. |
| 6.2.3 |
Mengambil bahagian
dalam pilihan raya dan menerima lantikan
parti sebagai seorang calon. |
| 6.2.4 |
Ahli-ahli yang sedang
di dalam cadangan atau dipecat tidaklah
hilang hak keahlinnya. |
| 6.2.5 |
Ahli-ahli yang tidak
menjadi wakil ke mesyuarat Perwakilan
Bahagian atau Perhimpunan Agung boleh
dicalonkan dan bertanding di peringkat
yang berkenaan sekiranya memenuhi syarat
di bawah Fasal 9.5 dan Fasal 15.5. |
| 6.2.6 |
Ahli-ahli yang tidak
hadir di Persidangan Cawangan boleh
dicalonkan dan bertanding sebarang jawatan
atau sebagai wakil ke Perwakilan Bahagian
dengan menyatakan persetujuannya secara
bertulis. |
|
| |
6.3 |
Seseorang ahli itu tidak
berhak |
| |
|
| 6.3.1 |
Menjadi ahli lebih
daripada satu Cawangan. |
| 6.3.2 |
Mewakilkan hak mengundinya
kepada sesiapa jua pun. |
| 6.3.3 |
Menggunakan haknya
di bawah Fasal 6.2 sekiranya ia tidak
menjelaskan yuran mengikut peruntukan
dalam Perlembagaan. |
| 6.3.4 |
Menggunakan haknya
di bawah Fasal 6.2 jika dilarang di
bawah akta Pertubuhan 1966 atau setakat
mana ia dikenakan hukuman disiplin di
bawah Fasal 20.9 dan 20.10. |
| 6.3.5 |
Menjadi Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Pemeriksa
Kira-Kira atau Ahli Jawatankauasa lebih
daripada satu Cawangan atau Bahagian
melainkan dengan kebenaran bertulis
daripada Majlis Tertinggi. |
| 6.3.6 |
Menjadi Ahli Jawatankuasa
di peringkat yang sama di mana ia telah
dipilih menjadi Pengerusi Tetap, Timbalan
Pengerusi Tetap atau Pemeriksa Kira-kira
dan sebaliknya. |
| 6.3.7 |
Mengambil bahagian
bercakap, mengundi, memilih dan dipilih
dalam Persidangan Cawangan dan Perwakilan
Bahagian selain daripada Cawangan dan
Bahagian di mana ia menjadi ahli. |
| 6.3.8 |
Mengambil bahagian
bercakap, mengundi, memilih dan dipilih
dalam mana-mana Cawangan atau Bahagian
baru yang dimasukinya, kiranya ahli
telah menggunakan haknya itu dalam Cawangan
atau Bahagian asalnya bagi tahun berkenaan. |
|
|
FASAL
7
SUSUNAN DAN PENTADBIRAN UMNO
| |
7.1 |
Bentuk susunan parti dan
pembahagian kuasa adalah seperti berikut: |
| |
|
| 7.1.1 |
PUSAT-Perhimpunan
Agung atau waktu ketiadaannya Majlis
Tertinggi. |
| 7.1.2 |
PERHUBUNGAN-Badan
Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan. |
| 7.1.3 |
BAHAGIAN-Perwakilan
Bahagian atau ketiadaannya Jawatankuasa
Bahagian. |
| 7.1.4 |
CAWANGAN-Persidangan
Cawangan atau waktu ketiadaannya Jawatankuasa
Cawangan. |
|
|
FASAL
8
PERHIMPUNAN AGUNG
| |
8.1 |
Perhimpunan Agung adalah
kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti
adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya
tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan
UMNO. |
| |
8.2 |
Perhimpunan Agung Tahunan
hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada
bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis
Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada
18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang
lalu. |
| |
8.3 |
Tugas-tugas Perhimpunan
Agung Tahunan ialah: |
| |
|
| 8.3.1 |
Menentukan dasar-dasar
parti. |
| 8.3.2 |
Mengkaji kerja-kerja
Majlis Tertinggi. |
| 8.3.3 |
Tertakluk kepada
Fasal 9.3 memilih Ahli-ahli Majlis Tertinggi. |
| 8.3.4 |
Memilih Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan
melantik Juruaudit untuk tempoh Majlis
Tertinggi. |
|
| |
8.4 |
Perhimpunan Agung Tahunan
hendaklah terdiri daripada:- |
| |
|
| 8.4.1 |
Pengerusi Tetap dan
Timbalan Pengerusi Tetap. |
| 8.4.2 |
Ahli-ahli Majlis
Tertinggi. |
| 8.4.3 |
Wakil yang dipilih
oleh Perwakilan Tahunan Bahagian sebanyak
seorang wakil bagi tiap-tiap lima ratus
orang ahli yang telah menjelaskan yuran
dengan syarat bilangan wakil-wakil itu
tdak lebih daripada tujuh orang dari
satu Bahagian termasuk Bahagian yang
Jawatankuasanya sedang digantung jika
Bahagian itu boleh mengadakan Perwakilan
Bahagian dengan sempurna. |
| 8.4.4 |
Ketua, Timbalan Ketua,
Naib Ketua, Ketua Pergerakan Pemuda,
Ketua Pergerakan Wanita dan Ketua Pergerakan
Puteri Bahagian yang telah mengadakan
Perwakilan Bahagiannya dan telah menjelaskan
yuran mengikut peruntukan dalam Perlembagaan.
Mereka di atas yang menjadi Ahli Majlis
Tertinggi berhak melantik gantinya yang
terdiri daripada Pengerusi Tetap atau
Ahli Jawatankuasa Bahagian. |
| 8.4.5 |
Tidak lebih daripada
sepuluh orang wakil Pergerakan Pemuda,
sepuluh orang wakil Pergerakan Wanita
dan sepuluh orang wakil Pergerakan Puteri
yang dipilih oleh Perhimpunan Agung
Pergerakan masing-masing. |
|
| |
8.5 |
Perhimpunan Agung Khas
hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh
salah satu daripada tiga permintaan yang berikut: |
| |
|
| 8.5.1 |
Dengan kehendak Presiden. |
| 8.5.2 |
Dengan permintaan
bertulis dari pada dua pertiga Ahli-ahli
Majlis Tertinggi. |
| 8.5.3 |
Dengan permintaan
bertulis oleh sekurang-kurangnya satu
perdua daripada jumlah semua Bahagian
itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan
Khas atas masalah yang sama. |
|
| |
8.6 |
Mengikut Fasal 8.5.3 di
atas Setiausaha Agung hendaklah memanggil
Perhimpunan Agung Khas itu. Jika Setiausaha
Agung tidak berbuat demikian dalam tempoh
empat belas hari selepas tarikh permohonan
daripada Bahagian yang terakhir itu diterima
maka Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah
dipanggil oleh Pengerusi Tetap atau Timbalannya
dan jika Pengerusi Tetap dan Timbalannya tidak
berbuat demikian dalam tempoh dua puluh lapan
hari daripada tarikh permohonan asal diterima
maka Bahagian-bahagian yang memohon diadakan
Perhimpunan Agung Khas itu boleh memanggil
Perhimpunan Agung Khas tersebut dengan syarat
semua ahli Perwakilan dijemput hadir melalui
bahagian. |
|
FASAL
9
MAJLIS TERTINGGI
| |
9.1 |
Majlis Tertinggi adalah
menjadi badan yang menjalankan pentadbiran
hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah
Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah
berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi
pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya
tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan
kepada Perhimpunan Agung. |
| |
9.2 |
Majlis Tertinggi hendaklah
terdiri daripada: |
| |
|
| 9.2.1 |
Presiden. |
| 9.2.2 |
Timbalan Presiden. |
| 9.2.3 |
Enam orang Naib Presiden
termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita
dan Puteri. |
| 9.2.4 |
Setiausaha Agung. |
| 9.2.5 |
Bendahari. |
| 9.2.6 |
Ketua Penerangan. |
| 9.2.7 |
Tidak lebih daripada
dua puluh lima orang yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung. |
| 9.2.8 |
Tidak lebih daripada
dua belas orang yang dilantik oleh Presiden
termasuk sekurang-kurangnya seorang
dari Pergerakan Pemuda, seorang dari
Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan
Puteri |
| |
|
|
| |
9.3 |
Presiden, Timbalan Presiden,
tiga orang Naib Presiden dan dua puluh lima
orang Ahli Majlis Tertinggi yang dipilih oleh
Perhimpunan Agung tiap-tiap 3 tahun sekali. |
| |
9.4 |
Ketua dan Naib Ketua Pemuda,
Ketua dan Naib Ketua Wanita, Ketua dan Naib
Ketua Puteri hendaklah dipilih oleh Perhimpunan
Agung tiap-tiap 3 tahun sekali. Ketua Pemuda,
Ketua Wanita dan Ketua Pergerakan Puteri mempunyai
hak-hak dan kuasa-kuasa Naib Presiden. |
| |
9.5 |
Calon-calon yang bertanding
untuk memegang jawatan Majlis Tertinggi hendaklah
dinamakan oleh sekurang-kurangnya: |
| |
|
| a) |
Presiden -
30% |
| b) |
Timbalan Presiden
- 20% |
| c) |
Naib Presiden
- 10% |
| d) |
Ahli-ahli Majlis
Tertinggi - 5% |
daripada jumlah bahagian yang sah mengikut
Fasal 14.5.4 |
| |
9.6 |
Setiausaha Agung, Bendahari
dan Ketua Penerangan dilantik oleh Presiden
dan memegang jawatan mereka selama tempoh
Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau
diberhentikan |
| |
9.7 |
Pegawai-pegawai UMNO ialah: |
| |
|
| 9.7.1 |
Presiden |
| 9.7.2 |
Timbalan Presiden |
| 9.7.3 |
Enam (6) orang Naib
Presiden |
| 9.7.4 |
Setiausaha Agung |
| 9.7.5 |
Bendahari |
| 9.7.6 |
Ketua Penerangan |
|
| |
9.8 |
Tugas-tugas pegawai dalam
Majlis Tertinggi: |
| |
|
| 9.8.1 |
Presiden |
| |
| 9.8.1.1 |
Menjadi pemimpin
utama dan bertanggungjawab menjaga
kesempurnaan perjalanan parti. |
| 9.8.1.2 |
Melantik Setiausaha
Agung, Bendahari dan Ketua Penerangan
dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi
Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan. |
| 9.8.1.3 |
Memanggil dan
mempengerusikan sidang Majlis
Tertinggi. |
| 9.8.1.4 |
Melantik tidak
lebih daripada dua belas orang
Ahli Majlis Tertinggi mengikut
Fasal 9.2.8. |
|
| 9.8.2 |
Timbalan Presiden |
| |
| 9.8.2.1 |
Membantu tugas-tugas
Presiden. |
| 9.8.2.2 |
Mempengerusikan
sidang-sidang Majlis Tertinggi
semasa ketiadaan Presiden. |
|
| 9.8.3 |
Naib-Naib Presiden |
| |
| 9.8.3.1 |
Membantu tugas-tugas
Presiden. |
| 9.8.3.2 |
Mempengerusikan
sidang-sidang Majlis Tertinggi
apabila Presiden dan Timbalan
Presiden tidak hadir. |
|
| 9.8.4 |
Setiausaha Agung |
| |
| 9.8.4.1 |
Bertanggungjawab
kepada Presiden. |
| 9.8.4.2 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan sidang-sidang
Majlis Tertinggi dan Perhimpunan
Agung. |
| 9.8.4.3 |
Menyediakan
Penyata Tahunan yang menerangkan
perkerjaan dan kemajuan parti
dalam masa setahun kepada Majlis
Tertinggi. |
|
| 9.8.5 |
Bendahari |
| |
| 9.8.5.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan
Ibu Pejabat. |
| 9.8.5.2 |
Menyediakan
Penyata Kira-Kira Kewangan untuk
diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira
yang dilantik oleh Perhimpunan
Agung. |
| 9.8.5.3 |
Menyediakan
anggaran pendapatan dan perbelanjaan
tahunan kepada Majlis Tertinggi. |
| 9.8.5.4 |
Membentangkan
Penyata dan butir kira-kira yang
diperiksa dan disahkan oleh Pemeriksa
Kira-Kira kepada Majlis Tertinggi. |
| 9.8.5.5 |
Memaklumkan
kepada Majlis Tertinggi kedudukan
harta benda milik UMNO dan Pemegang
Amanah sekurang-kurangnya sekali
setahun. |
|
| 9.8.6 |
Ketua Pergerakan
Pemuda, Ketua Pergerakan Wanita dan
Ketua Pergerakan Puteri: |
| |
| 9.8.6.1 |
Tugas-tugas
Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita
dan Puteri ditetapkan oleh peraturannya
masing-masing selain daripada
tugasnya mengikut Fasal 9.8.3. |
|
| 9.8.7 |
Ketua Penerangan |
| |
| 9.8.7.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan kegiatan penerangan
dan melaporkannya kepada Majlis
Tertinggi |
| 9.8.7.2 |
Mentadbir Jabatan
Penerangan di Ibu Pejabat dan
menyusun kerja pegawai-pegawai
di dalam Jabatan itu |
|
|
| |
9.9 |
Jika Presiden berhenti
maka Timbalan Presiden hendaklah memangku
jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan
Agung untuk memilih Presiden baru mengikut
Fasal 9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut
Fasal 9.8.1. |
| |
9.10 |
Jika Pemangku Presiden
berhenti, Majlis Tertinggi hendaklah memilih
salah seorang daripada Naib Presiden memangku
jawatan itu sehingga diadakan Perhimpunan
Agung memilih Presiden baru mengikut Fasal
9.3 dan ia mempunyai kuatkuasa mengikut Fasal
9.8.1. |
| |
9.11 |
Jika semua Ahli Majlis
Tertinggi berhenti serentak maka Pengerusi
Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh
tidak lebih daripada enam puluh hari mengadakan
Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula
Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung itu
hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis
Tertinggi yang baru ditubuhkan itu.. |
| |
9.12 |
Jawatan Ahli-ahli Majlis
Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden
boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan
oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian
tidak kurang daripada dua pertiga daripada
jumlah bilangan ahli yang berhak hadir. |
| |
9.13 |
Majlis Tertinggi hendaklah
bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam
masa dua bulan, atau |
| |
|
| 9.13.1 |
Pada bila-bila masa
yang dikehendaki oleh Presiden atau |
| 9.13.2 |
Dengan permintaan
bertulis oleh satu pertiga daripada
Ahli-ahli Majlis Tertinggi. |
|
| |
9.14 |
Jika Setiusaha Agung tidak
memanggil mesyuarat mengikut Fasal 9.13.2
dalam tempoh empat belas hari daripada tarikh
permohonan itu dibuat maka ahli-ahli yang
memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan
syarat semua Ahli Majlis Tertinggi dijemput
hadir. |
| |
9.15 |
Satu Perdua daripada bilangan
Ahli Majlis Tertinggi adalah menjadi cukup
bilang bagi menjalankan mesyuarat. |
|
FASAL
10
TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI
| |
10.1 |
Menjalankan sebarang usaha
bersama dengan kumpulan-kumpulan lain atas
hal-hal politik atau lain-lain yang sesuai
dengan tujuan-tujuan UMNO. |
| |
10.2 |
Menerima wang yuran tahunan
yang dibayar melalui Cawangan dan Bahagian-bahagian
yang dibuat mengikut Fasal 25.2 dan Fasal
26.1 dan menentukan tarikh pembayaran yuran
mengikut Fasal 25.2 dan 25.3. |
| |
10.3 |
Memilih calon-calon bagi
Pilihan Raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan
Negeri setelah berunding dengan Badan Perhubungan
bagi Negeri yang berkenaan dan Jawatankuasa
Bahagian mengikut peraturan yang dibuat oleh
Majlis Tertinggi. |
| |
10.4 |
Menunaikan segala syarat-syarat
yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan 1966. |
| |
10.5 |
Membentangkan kepada Perhimpunan
Agung suatu Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira
Tahunannya yang telah diperiksa dan disahkan
oleh Pemeriksa Kira-kira. |
| |
10.6 |
Menghantar kepada Bahagian
Penyata Tahunan berserta dengan Penyata Kira-Kira
sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh
Perhimpunan Agung. |
| |
10.7 |
Menentukan taraf pendaftaran
seseorang ahli (mengikut Fasal 5.7), menggantung
atau melucutkan keahlian seseorang ahli. |
| |
10.8 |
Tertakluk kepada kelulusan
Pendaftar Pertubuhan, menubuhkan Badan Perhubungan,
Bahagian dan Cawangan-cawangan dan menentukan
perjalanannya dan boleh menggantung atau membubarkan
Badan Perhubungan, Bahagian, Cawangan itu
dan/atau Jawatankuasa masing-masing serta
menentukan penubuhan semula dan/atau pemilihan
Jawatankuasa yang digantung atau dibubarkan
itu. |
| |
10.9 |
Dengan persetujuan dua
pertiga daripada bilangan Ahli Majlis Tertinggi,
berhak menolak semua sekali Ahli Perwakilan
Bahagian yang menghadiri Perhimpunan Agung
yang didapati pungutan yuran tidak mengikut
Fasal 25.1 dan 25.2. |
| |
10.10 |
Melucutkan jawatan mana-mana
Ahli Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian
dan Cawangan atas apa-apa sebab sekali pun. |
| |
10.11 |
Melantik seorang Pegawai
Awam. |
| |
10.12 |
Menentukan perbelanjaan,
menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani
cek dan menetapkan tempat menyimpan wang. |
| |
10.13 |
Melantik Pemegang Amanah
dan memberhentikannya pada bila-bila masa
jua pun. |
| |
10.14 |
Menetapkan tarikh Perwakilan
Bahagian dan dengan tidak menghiraukan Fasal
15.3, berkuasa menentukan mana-mana satu di
antara Perwakilan Bahagian-bahagian yang diadakan
itu bagi memilih Jawatankuasanya. |
| |
10.15 |
Membuat peraturan bagi
menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan serta Peraturan
untuk melaksana, mengawal dan menyelia pemilihan
jawatan-jawatan di semua peringkat dan menubuhkan
Jawatankuasa Kecil yang lain. |
| |
10.16 |
Mengambil sebarang langkah
selain daripada perkara-perkara yang tersebut
di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti. |
| |
10.17 |
Majlis Tertinggi berhak
menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis
Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan
ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari
tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan. |
|
FASAL
11
PEJABAT SETIAUSAHA AGUNG
Pejabat Setiausaha Agung adalah menjadi
Pejabat Berdaftar, iaitu di Tingkat 38, Menara Dato'
Onn, Kompleks UMNO, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala
Lumpur atau dimana-mana tempat yang ditentukan oleh
Majlis Tertinggi dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
12
BADAN PERHUBUNGAN
| |
12.1 |
Badan Perhubungan boleh
ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tiap
Negeri dan Wilayah Persekutuan. |
| |
12.2 |
Badan Perhubungan terdiri
daripada: |
| |
|
| 12.2.1 |
Pengerusi. |
| 12.2.2 |
Timbalan Pengerusi. |
| 12.2.3 |
Setiausaha. |
| 12.2.4 |
Bendahari. |
| 12.2.5 |
Ketua Penerangan. |
| 12.2.6 |
Ketua-ketua Bahagian. |
| 12.2.7 |
2 orang wakil Pergerakan
Pemuda Negeri, 2 orang wakil Pergerakan
Wanita dan 2 orang wakil Pergerakan
Puteri bagi tiap-tiap Negeri dan Wilayah
Persekutuan yang dilantik oleh Ketua
Pergerakan masing-masing. |
|
| |
12.3 |
Setiausaha, Bendahari dan
Ketua Penerangan dilantik oleh Pengerusi dan
akan memegang jawatan mereka selama tempoh
Majlis Tertinggi kecuali mereka berhenti atau
diberhentikan oleh Pengerusi. |
| |
12.4 |
Timbalan Ketua Bahagian
berhak mengambil tempat Ketua Bahagian di
Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan jika
Ketua Bahagian tidak dapat hadir. |
| |
12.5 |
Pengerusi dan Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan hendaklah dilantik
oleh Presiden yang mereka memegang jawatan
masing-masing selama tempoh Majlis Tertinggi
tetapi boleh berhenti atau diberhentikan oleh
Presiden pada bila-bila masa. |
| |
12.6 |
Wakil Majlis Tertinggi
boleh hadir dan mengambil bahagian dalam sebarang
mesyuarat Badan Perhubungan tetapi tidak boleh
mengundi. |
| |
12.7 |
Badan Perhubungan hendaklah
bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam
masa dua bulan, atau |
| |
|
| 12.7.1 |
Pada bila-bila masa
dikehendaki oleh Pengerusi atau |
| 12.7.2 |
Dengan permintaan
bertulis daripada satu pertiga daripada
bilangan ahli-ahlinya. |
|
| |
12.8 |
Jika Setiausaha tidak memanggil
mesyuarat mengikut Fasal 12.7.2 selepas 14
hari daripada tarikh permohonan itu diterima
maka ahli-ahli yang memohon itu boleh mengadakan
mesyuarat itu dengan syarat semua ahli hendaklah
dijemput hadir. |
| |
12.9 |
Satu perdua daripada bilangan
Ahli Badan Perhubungan adalah menjadi cukup
bilang menjalankan mesyuaratnya. |
| |
12.10 |
Badan Perhubungan hendaklah
mengadakan konvensyen di peringkat Negeri
dan Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya
sekali setahun mengandungi wakil-wakil daripada
Bahagian-bahagian. Majlis Tertinggi berkuasa
menentukan syarat-syarat dan lain-lain perkara
berhubung dengan Konvensyen itu. |
| |
12.11 |
Di dalam tiap-tiap Mesyuarat
Badan Perhubungan jika Pengerusi dan Timbalannya
tidak hadir maka salah seorang daripada ahli
yang hadir itu boleh dipilih menjadi Pengerusi. |
| |
12.12 |
Tugas-tugas Pegawai Badan
Perhubungan: |
| |
|
| 12.12.1 |
Pengerusi. |
| |
| 12.12.1.1 |
Melantik Setiausaha,
Ketua Penerangan dan Bendahari. |
| 12.12.1.2 |
Memanggil dan
mempengerusikan Mesyuarat Badan
Perhubungan. |
| 12.12.1.3 |
Bertanggungjawab
atas semua anggota Pejabat Badan
Perhubungan. |
|
| 12.12.2 |
Timblan Pengerusi. |
| |
| 12.12.2.1 |
Membantu tugas-tugas
Pengerusi. |
| 12.12.2.2 |
Mempengerusikan
Mesyuarat Badan Perhubungan apabila
Pengerusi tidak hadir. |
|
| 12.12.3 |
Setiausaha. |
| |
| 12.12.3.1 |
Bertanggungjawab
secara langsung kepada Pengerusi. |
| 12.12.3.2 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
dan Pejabat Perhubungan. |
| 12.12.3.3 |
Memanggil Mesyuarat
mengikut Fasal 12.7. |
|
| 12.12.4 |
Bendahari. |
| |
| 12.12.4.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan. |
| 12.12.4.2 |
Membentangkan
laporan kewangan kepada Badan
Perhubungan. |
| 12.12.4.3 |
Memaklumkan
kepada Badan Perhubungan kedudukan
harta benda milik UMNO dan Pemegang
Amanah sekurang-sekurangnya sekali
setahun. |
|
| 12.12.5 |
Ketua Penerangan. |
| |
| 12.12.5.1 |
Bertanggungjawab
atas penerangan dan penyiaran. |
| 12.12.5.2 |
Melaporkan
kepada Badan Perhubungan atas
kerja-kerja penerangan di peringkat
Negeri. |
|
|
| |
12.13 |
Tanggungan, kuasa dan kewajipan
Badan Perhubungan ialah: |
| |
|
| 12.13.1 |
Mengatur dan menyelaraskan
perjalanan Bahagian-bahagian sesebuah
Negeri dan Wilayah Persekutuan. |
| 12.13.2 |
Memilih ahli-ahli
bagi mewakili parti di dalam sebarang
kumpulan atau Lembaga di Peringkat Negeri
dan Wilayah Persekutuan. |
| 12.13.3 |
Menentukan perbelanjaan,
menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani
cek dan menetapkan tempat menyimpan
wang. |
| 12.13.4 |
Melantik Pemegang
Amanah dan memberhentikan pada bila-bila
masa pun. |
| 12.13.5 |
Manunaikan segala
syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan
1966. |
| 12.13.6 |
Menyelesaikan sebarang
masalah yang berbangkit di dalam Bahagian
dan Cawangan dengan kehendak Majlis
Tertinggi. |
| 12.13.7 |
Membentangkan Penyata
Tahunan serta Penyata Kira-kira wang
tahunannya yang telah diperiksa dan
di sahkan oleh Pemeriksa Kira-kira pada
Majlis Tertinggi. |
|
|
FASAL
13
PEJABAT SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN
Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan itu
hendaklah ditempatkan di pusat pentadbiran UMNO
Negeri itu atau di mana-mana juga tempat yang ditentukan
oleh Badan Perhubungan Negeri dan diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
14
BAHAGIAN
| |
14.1 |
Majlis Tertinggi berkuasa
menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan
Pilihan Raya Dewan Rakyat. |
| |
14.2 |
Tertakluk kepada Perlembagaan
dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan
Bahagian adalah berasakan pada kuasa dan perintah
Perwakilan Bahagian. |
| |
14.3 |
Perwakilan Bahagian hendaklah
diadakan sekali setahun tidak kurang daripada
60 hari sebelum tarikh diadakan Perhimpunan
Agung. Kelonggaran boleh diberikan oleh Majlis
Tertinggi tertakluk kepada Fasal 10.14. |
| |
14.4 |
Perwakilan Bahagian hendaklah
terdiri daripada: |
| |
|
| 14.4.1 |
Pengerusi Tetap dan
Timbalan Pengerusi Tetap. |
| 14.4.2 |
Ahli-ahli Jawatankuasa
Bahagian. |
| 14.4.3 |
Ketua Cawangan yang
Cawangannya telah mengadakan persidangan
dan telah menjelaskan yuran kepada Bahagian
bagi tahun berkenaan. Ketua Cawangan
yang menjadi Ahli Jawatankuasa Bahagian
berhak melantik gantinya yang terdiri
daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi
Tetap atau Ahli Jawatankuasa Cawangan. |
| 14.4.4 |
Wakil-wakil yang
dilantik oleh Persidangan Cawangan sebanyak
seorang wakil bagi tiap-tiap lima puluh
orang ahli yang telah menjelaskan yurannya
mengikut Fasal 25.1 dan 25.2, tetapi
jumlah Ahli Perwakilan itu tidak lebih
daripada lima orang dari satu Cawangan. |
| 14.4.5 |
Cawangan-cawangan
yang dicadangkan oleh Bahagian untuk
digantung atau dibubarkan dan Jawatankuasa
Cawangan yang telah digantung oleh Majlis
Tertinggi boleh menghantar wakil jika
Cawangan itu dapat mengadakan Persidangan
dengan sempurna. |
| 14.4.6 |
Tidak lebih daripada
sepuluh (10) orang wakil Pergerakan
Pemuda, sepuluh (10) orang wakil Pergerakan
Wanita dan (10) orang wakil Pergerakan
Puteri yang dipilih oleh Perwakilan
Bahagiannya masing-masing. |
|
| |
14.5 |
Tugas-tugas Perwakilan
Bahagian ialah: |
| |
|
| 14.5.1 |
Memilih Ahli-ahli
Jawatankuasa Bahagian tertakluk kepada
Fasal 15.3. |
| 14.5.2 |
Memilih wakil-wakil
Bahagian ke Perhimpunan Agung. Wakil-wakil
yang tidak dipilih dalam Perwakilan
Bahagian atau sebarang pertukaran selepas
itu tidak sah. Mana-mana wakil yang
tidak dapat hadir tidak boleh melantik
gantinya. |
| 14.5.3 |
Membincangkan dasar-dasar
parti untuk dikemukakan dalam Perhimpunan
Agung. |
| 14.5.4 |
Mencadangkan calon-calon
untuk bertanding menjadi Ahli Majlis
Tertinggi. |
| 14.5.5 |
Memilih Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan
2 orang Pemeriksa Kira-kira mengikut
Fasal 28.2. |
|
| |
14.6 |
Perwakilan Khas Bahagian
hendaklah diadakan apabila dikehendaki oleh
salah satu daripada permintaan berikut: |
| |
|
| 14.6.1 |
Dengan permintaan
bertulis daripada sekurang-kurangnya
dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa
Bahagian. |
| 14.6.2 |
Dengan permintaan
bertulis oleh sekurang-kurangnya satu
perdua daripada jumlah semua Cawangan
dengan syarat Cawangan-cawangan itu
telah mengadakan Persidangan Khasnya
atas masalah yang sama. |
| 14.6.3 |
Dengan kehendak Majlis
Tertinggi. |
|
| |
14.7 |
Setiausaha Bahagian hendaklah
memanggil Perwakilan Khas Bahagian itu. Jika
Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian
dalam tempoh empat belas (14) hari daripada
tarikh permohonan cawangan yang terakhir itu
diterima maka Perwakilan Khas Bahagian itu
hendaklah dipanggil oleh Majlis Tertinggi. |
| |
14.8 |
Perwakilan khas bahagian
itu hendaklah diadakan mengikut kaedah Perwakilan
Bahagian dan ahli-ahli yang hadir dalam Perwakilan
Bahagian bagi tahun yang baru lalu sahaja
boleh hadir kecuali jika Persidangan Khas
Cawangan itu menggantikannya dengan ahli yang
lain. |
|
FASAL
15
JAWATANKUASA BAHAGIAN
| |
15.1 |
Jawatankuasa Bahagian hendaklah
terdiri daripada: |
| |
|
| 15.1.1 |
Ketua. |
| 15.1.2 |
Timbalan Ketua. |
| 15.1.3 |
Empat orang Naib
Ketua termasuk Ketua Pergerakan Pemuda,
Wanita dan Puteri |
| 15.1.4 |
Setiausaha. |
| 15.1.5 |
Bendahari. |
| 15.1.6 |
Ketua Penerangan. |
| 15.1.7 |
Tidak lebih daripada
dua puluh (20) orang yang dipilih oleh
Perwakilan Bahagian. |
| 15.1.8 |
Tidak lebih daripada
tujuh (7) orang yang dilantik oleh Ketua
termasuk sekurang-kurang seorang dari
Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan
Wanita dan seseorang dari Pergerakan
Puteri. |
|
| |
15.2 |
Ahli Dewan Rakyat dan Ahli
Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian tersebut
yang bukan dipilih atau dilantik mengikut
Fasal 15.1 berhak menghadiri tiap-tiap mesyuarat
Jawatankuasa Bahagian sebagai ahli tetapi
tidak boleh mengundi. |
| |
15.3 |
Ketua, Timbalan Ketua,
Naib Ketua, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan
Pemuda, Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita
dan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Puteri
dan Ahli-ahli Jawatankuasa mengikut Fasal
15.1.7, hendaklah dipilih tiap-tiap tiga tahun
sekali. Walau bagaimanapun Majlis Tertinggi
boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh
yang tidak lebih daripada 18 bulan daripada
tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan
mengikut Fasal 10.17. |
| |
15.4 |
Setiausaha, Bendahari,
Ketua Penerangan dan ahli yang dilantik oleh
Ketua Bahagian akan memegang jawatan mereka
selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan
kecuali mereka berhenti atau diberhentikan
oleh Ketua Bahagian. |
| |
15.5 |
Calon-calon yang bertanding
untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa
Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya: |
| |
|
| a) |
Ketua
- 20% |
| b) |
Timbalan Ketua
- 15% |
| c) |
Naib
- 10% |
| d) |
Ahli Jawatankuasa
- 2 Cawangan |
daripada jumalah Cawangan yang sah dalam
Bahagian mengikut Fasal 17.5.7 kecuali apabila
mana-mana Bahagian di mana Cawangannya melebihi
150 Cawangan mencukupilah seorang calon itu
mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 Cawangan
bagi Ketua dan 20 Cawangan bagi Timbalan
Ketua 10 Cawangan bagi Naib Ketua |
| |
15.6 |
Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa
Bahagian tidak menjadi kosong disebabkan seseorang
ahli itu dilantik menjadi pegawai mengikut
Fasal 15.4. |
| |
15.7 |
Jika Ketua Bahagian berhenti
atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan
memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua
berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa
bolehlah melantik salah seorang daripada Naib
Ketua memangku jawatan itu atau melantik salah
seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib
Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga
diadakan Perwakilan Bahagian mengikut Fasal
15.3. |
| |
15.8 |
Jika semua Ahli-ahli Jawatankuasa
Bahagian berhenti serentak maka Majlis Tertinggi
akan mengadakan Perwakilan Khas Bahagian untuk
menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu
dan menentukan tempoh perkhidmatannya. |
| |
15.9 |
Jawatankuasa Bahagian hendaklah
bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam
tempoh dua bulan atau. |
| |
|
| 15.9.1 |
Pada bila-bila masa
lain yang dikehendaki oleh Ketua atau |
| 15.9.2 |
Dengan permintaan
bertulis oleh satu pertiga daripada
Ahli-ahli Jawatankuasa |
|
| |
15.10 |
Jika Setiausaha Bahagian
tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 15.9.2
dalam tempoh tujuh hari daripada tarikh permohonan
itu dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh
memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua
Ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir. |
| |
15.11 |
Satu perdua daripada Ahli-ahli
Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi
menjalankan mesyuarat. |
| |
15.12 |
Tugas-tugas Pegawai dan
Jawatankuasa Bahagian: |
| |
|
| 15.12.1 |
Ketua Bahagian. |
| |
| 15.12.1.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan Bahagian
dan Cawangan di dalam Bahagian. |
| 15.12.1.2 |
Bertanggungjawab
atas semua pegawai dan anggota
pejabat Bahagian. |
| 15.12.1.3 |
Memanggil dan
mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa
Bahagian. |
| 15.12.1.4 |
Melantik Setiausaha,
Bendahari dan Ketua Penerangan
dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
tugas mereka. |
| 15.12.1.5 |
Melantik 7
orang Ahli Jawatankuasa Bahagian. |
|
| 15.12.2 |
Timbalan Ketua. |
| |
| 15.12.2.1 |
Membantu tugas-tugas
Ketua Bahagian. |
| 15.12.2.2 |
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Bahagian
apabila Ketua Bahagian tidak hadir. |
|
| 15.12.3 |
Naib Ketua. |
| |
| 15.12.3.1 |
Membantu tugas-tugas
Ketua Bahagian. |
| 15.12.3.2 |
Mempengerusikan
mesyuarat Jawatankuasa Bahagian
apabila Ketua dan Timbalannya
tidak hadir. |
|
| 15.12.4 |
Setiausaha. |
| |
| 15.12.4.1 |
Bertanggungjawab
secara langsung kepada Ketua Bahagian. |
| 15.12.4.2 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
Jawatankuasa Bahagian dan Perwakilan
Bahagian. |
| 15.12.4.3 |
Menyediakan
Penyata Tahunan UMNO Bahagian. |
|
| 15.12.5 |
Bendahari. |
| |
| 15.12.5.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan
Bahagian itu. |
| 15.12.5.2 |
Menyediakan
dan membentangkan Penyata Kewangan
Tahunan yang disahkan oleh Pemeriksa
Kira-kira kepada Jawatankuasa
Bahagian. |
| 15.12.5.3 |
Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan
harta benda milik UMNO Bahagian
dan pemegang Amanah sekurang-kurangnya
sekali setahun. |
|
| 15.12.6 |
Ketua Penerangan. |
| |
| 15.12.6.1 |
Menjalankan
tugas penerangan di peringkat
Bahagian dan |
| 15.12.6.2 |
Melaporkan
kepada Bahagian akan tugas-tugas
tersebut. |
|
|
| |
|
| 15.12.7 |
Ketua Pergerakan Pemuda,
Wanita dan Puteri: |
|
| |
|
| |
15.12.7.1 |
Tugas-tugas Ketua Pergerakan
Pemuda, Wanita dan Puteri adalah seperti
yang |
| |
|
telah ditetapkan oleh Peraturan-peraturannya. |
|
| |
15.13 |
Tanggungan, kuasa dan kewajipan
Jawatankuasa Bahagian ialah:- |
| |
|
| 15.13.1 |
Mencadangkan calon-calon
pilihan raya, wakil-wakil parti bagi
menganggotai Majlis Bandar Raya, Perbandaran,
Bandaran Tempatan dan Daerah. |
| 15.13.2 |
Mengawasi perjalanan
dan menyelesaikan masalah Cawangan. |
| 15.13.3 |
Membentangkan Penyata
Tahunan serta Penyata Kira-kira yang
telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira
kepada Perwakilan Bahagian. |
| 15.13.4 |
Hendaklah menerima
wang yuran tahunan yang dibayar oleh
Cawangan-cawangan |
| 15.13.5 |
Menghantar kepada
Setiausaha Agung, Penyata Tahunan Bahagian
dan Penyata Kira-kira yang telah dibentangkan
dalam Perwakilan Bahagian. |
| 15.13.6 |
Menetapkan tarikh
Persidangan Cawangan setelah berunding
dengan Jawatankuasa Cawangan. |
| 15.13.7 |
Menunaikan segala
syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan
1966. |
| 15.13.8 |
Dengan persetujuan
dua pertiga daripada Ahli Jawatankuasa
Bahagian, berhak menolak semua sekali
Ahli Perwakilan Cawangan yang didapati
membayar yuran ahli-ahlinya tidak mengikut
kehendak Fasal 25.1 dan 25.2. |
| 15.13.9 |
Berkerjasama dengan
Majlis Tertinggi dan Cawangan bagi menyediakan
senarai ahli-ahli yang berhak mengambil
bahagian dalam Persidangan Cawangan. |
| 15.13.10 |
Menentukan perbelanjaan,
menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani
cek dan menetap tempat menyimpan wang. |
| 15.13.11 |
Melantik Pemegang
Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila
jua masa pun. |
|
|
FASAL
16
PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN
Pejabat Setiausaha Bahagian itu bolehlah
ditempatkan dimana-mana jua tempat yang ditentukan
oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
17
CAWANGAN
| |
17.1 |
Majlis Tertinggi berkuasa
menubuh, menggantung dan membubarkan Cawangan
setelah terlebih dahulu berunding dan merujuk
kepada Jawatankuasa Bahagian berkenaan. |
| |
17.2 |
Tertakluk kepada Perlembagaan
dan Peraturan Persidangan UMNO, perjalanan
Cawangan adalah berasakan kepada kuasa dan
perintah Persidangan Cawangan. |
| |
17.3 |
Tertakluk kepada Fasal
15.13.6 Persidangan Cawangan hendaklah diadakan
setahun sekali tetapi tidak lewat daripada
empat belas hari sebelum tarikh diadakan Perwakilan
Bahagian. |
| |
17.4 |
Persidangan Cawangan hendaklah
terdiri daripada: |
| |
|
| 17.4.1 |
Pengerusi Tetap dan
Timbalan Pengerusi Tetap. |
| 17.4.2 |
Ahli-ahli Jawatankuasa
Cawangan. |
| 17.4.3 |
Ahli-ahli UMNO yang
telah menjelaskan yuran tahunannya mengikut
Fasal 25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO. |
|
| |
17.5 |
Tugas-tugas Persidangan
Cawangan ialah: |
| |
|
| 17.5.1 |
Membincangkan dasar
parti untuk dikemukakan kepada mesyuarat
Perwakilan Bahagian. |
| 17.5.2 |
Mengkaji kerja-kerja
yang telah dibuat oleh Jawatankuasa
Cawangan. |
| 17.5.3 |
Mengadakan rancangan-rancangan
kerja untuk faedah rakyat. |
| 17.5.4 |
Memilih Ahli-ahli
Jawatankuasa tertakluk kepada Fasal
18.2. |
| 17.5.5 |
Memilih Pengerusi
Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan
dua orang Pemeriksa Kira-Kira mengikut
Fasal 28.2. |
| 17.5.6 |
Memilih wakil-wakil
ke Perwakilan Bahagian. Wakil-wakil
yang tidak dipilih di dalam Persidangan
Cawangan atau sebarang pertukaran selepas
itu tidak sah. |
| 17.5.7 |
Mencadangkan calon-calon
untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa
Bahagian. |
| 17.5.8 |
Tertakluk kepada
Fasal 8.4.3 mencadangkan 7 nama untuk
dipilih sebagai wakil UMNO Bahagian
ke Perhimpunan Agung UMNO. |
|
| |
17.6 |
Persidangan Khas Cawangan
hendaklah diadakan dengan permintaan bertulis
daripada satu perdua jumlah ahli-ahli. Jika
Setiausaha tidak memanggil Persidangan Khas
Cawangan itu dalam tempoh empat belas hari
maka Persidangan Khas Cawangan itu hendaklah
dipanggil oleh Jawatankuasa Bahagian. |
|
FASAL
18
JAWATANKUASA CAWANGAN
| |
18.1 |
Jawatankuasa Cawangan hendaklah
terdiri daripada: |
| |
|
| 18.1.1 |
Ketua. |
| 18.1.2 |
Timbalan Ketua. |
| 18.1.3 |
Ketua-Ketua Pergerakan
Pemuda, Wanita dan Puteri. |
| 18.1.4 |
Setiausaha. |
| 18.1.5 |
Bendahari. |
| 18.1.6 |
Ketua Penerangan. |
| 18.1.7 |
Tidak lebih daripada
lima belas (15) orang yang dipilih oleh
Persidangan. |
| 18.1.8 |
Tidak lebih dari
lima (5) orang ahli yang dilantik oleh
Ketua Cawangan termasuk sekurang-kurangnya
seorang dari Pemuda, Wanita dan Puteri. |
|
| |
18.2 |
Ketua,Timbalan, Ketua,dan
lima belas (15) Ahli-Ahli Jawatankuasa Cawangan
seperti 18.1.7 hendaklah dipilih tiap-tiap
tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan Cawangan.Ketua
Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri akan
dipilih oleh Persidangan Pergerakan masing-masing
tiap-tiap tiga (3) tahun sekali. Walau bagaimanapun
Majlis Tertinggi boleh menangguhkan pemilihan
bagi suatu tempoh tidak lebih daripada 18
bulan daripada tarikh pemilihan yang sepatutnya
diadakan mengikut Fasal 10.17. |
| |
18.3 |
Setiausaha,Bendahari dan
Ketua Penerangan dan tidak lebih dari lima
(5) orang ahli yang dilantik menikut Fasal
18.1.8. dilantik oleh Ketua Cawangan dan akan
memegang jawatan mereka selama tempoh Jawatankuasa
Cawangan yang berkenaan kecuali mereka berhenti
atau diberhentikan oleh Ketua Cawangan. |
| |
18.4 |
Jawatan Ahli-ahli Jawatankuasa
Cawangan tidak menjadi kosong disebabkan seseorang
ahli itu telah dilantik menjadi Pegawai mengikut
Fasal 18.3. |
| |
18.5 |
Jawatankuasa Cawangan hendaklah
bersidang sekurang-kurangnya dua bulan sekali,
atau |
| |
|
| 18.5.1 |
Pada bila-bila masa
yang dikehendaki oleh Ketua atau |
| 18.5.2 |
Dengan permintaan
bersurat daripada satu pertiga Ahli
Jawatankuasa Cawangan. |
|
| |
18.6 |
Jika Setiausaha tidak memanggil
mesyuarat mengikut fasal 18.5.2. dalam tempoh
tujuh hari daripada tarikh permohonan itu
dibuat maka ahli yang memohon boleh memanggil
mesyuarat itu dengan syarat semua Ahli Jawatankuasa
Cawangan dijemput hadir. |
| |
18.7 |
Satu perdua daripada Ahli
Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilang bagi
menjalankan mesyuarat. |
| |
18.8 |
Sekiranya seseorang Ahli
Jawatankuasa yang dipilih tiada lagi memegang
jawatannya maka jawatan itu tidak boleh diganti. |
| |
18.9 |
Jika Ketua Cawangan berhenti
atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan
memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua
itu berhenti atau diberhentikan maka salah
seorang daripada Ahli Jawatankuasa boleh dilantik
memangku jawatan itu. |
| |
18.10 |
Jika Ketua dan Timbalan
tidak hadir di dalam Mesyuarat Jawatankuasa
maka salah seorang daripada ahli-ahli yang
hadir itu boleh dilantik menjadi Pengerusi. |
| |
18.11 |
Tugas-tugas Pegawai Cawangan: |
| |
|
| 18.11.1 |
Ketua: |
| |
| 18.11.1.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan Cawangannya. |
| 18.11.1.2 |
Melantik Setiausaha,
Bendahari dan Ketua Penerangan
Cawangan dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan tugas mereka. |
| 18.11.1.3 |
Bertanggungjawab
atas semua pegawai dan anggota
Pejabat Cawangan. |
| 18.11.1.4 |
Memanggil dan
mempengerusikan sidang-sidang
Jawatankuasa Cawangan. |
| 18.11.1.5 |
Melantik lima
(5) orang Ahli Jawatankuasa Cawangan
mengikut Fasal 18.1.8. |
|
| 18.11.2 |
Timbalan Ketua: |
| |
| 18.11.2.1 |
Membantu tugas-tugas
Ketua Cawangan. |
| 18.11.2.2 |
Mempengerusikan
sidang-sidang Jawatankuasa Cawangan
apabila Ketua Cawangan tidak hadir. |
|
| 18.11.3 |
Setiausaha: |
| |
| 18.11.3.1 |
Bertanggungjawab
secara lansung kepada Ketua Cawangan. |
| 18.11.3.2 |
Mentadbirkan
perjalanan Pejabat Cawangan dan
menjadi Pegawai Awam. |
| 18.11.3.3 |
Melaporkan
kepada Ketua Cawangan segala tindakan
yang diambil berhubung dengan
pentadbiran Pejabat Cawangan. |
| 18.11.3.4 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan sidang-sidang
Jawatankuasa Cawangan dan Persidangan
Cawangan. |
| 18.11.3.5 |
Menyediakan
Penyata Tahunan Cawangan. |
| 18.11.3.6 |
Memanggil mesyuarat
mengikut Fasal 18.5 |
|
| 18.11.4 |
Bendahari: |
| |
| 18.11.4.1 |
Bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan kewangan
Cawangan. |
| 18.11.4.2 |
Menyediakan
dan membentangkan Penyata Kira-Kira
Kewangan Tahunan yang telah disahkan
oleh Pemeriksa Kira-Kira Jawatankuasa
Cawangan. |
| 18.11.4.3 |
Memaklumkan
kepada Jawatankuasa Cawangan kedudukan
harta benda milik UMNO dan Pemegang
Amanah sekurang-kurangnya sekali
setahun. |
|
| 18.11.5 |
Ketua Penerangan: |
| |
| 18.11.5.1 |
Mentadbirkan
dan menyusun rancangan-rancangan
penerangan dan penyiaran yang
dikelolakan oleh Cawangan. |
| 18.11.5.2 |
Bertanggungjawab
atas penerangan dan penyiaran
yang dikelolakan oleh Cawangan. |
| 18.11.5.3 |
Melaporkan
kepada Jawatankuasa Cawangan atas
kerja-kerja penerangan UMNO yang
dijalankan dalan Cawangan itu. |
|
| 18.11.6 |
Ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita
dan Puteri: |
| |
| 18.11.6.1 |
Tugas-tugas
Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita
dan Puteri adalah seperti yang
telah ditetapkan oleh Peraturannya-peraturannya.
|
|
|
| |
18.12 |
Tugas-tugas Jawatankuasa
Cawangan ialah: |
| |
|
| 18.12.1 |
Menjalankan arahan-arahan
parti seperti yang ditentukan oleh Majlis
Tertinggi dan Jawatankuasa Bahagian. |
| 18.12.2 |
Menyemai perasaan
persaudaraan dan menggalakkan bantuan
sesama sendiri di kalangan ahli-ahli
parti. |
| 18.12.3 |
Hendaklah menerima
wang yuran tahunan yang dibayar oleh
ahli-ahli. |
| 18.12.4 |
Mengkaji dan memanjangkan
permohonan untuk menjadi ahli kepada
Majlis Tertinggi melalui Jawatankuasa
Bahagian. |
| 18.12.5 |
Membentangkan kepada
Persidangan Cawangan Penyata Tahunan
dan Penyata Kira-Kira yang telah diperiksa
dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira. |
| 18.12.6 |
Menunaikan segala
syarat yang dikehendaki oleh Akta Pertubuhan
1966. |
| 18.12.7 |
Menghantarkan kepada
Ahli-ahlinya Penyata Kira-Kira sekurang-kurangnya
tujuh hari sebelum tarikh diadakan Persidangan
Cawangan |
| 18.12.8 |
Mencadangkan pemecatan
atau penggantungan keahlian seseorang
ahli kepada Majlis Tertinggi melalui
Bahagian. |
| 18.12.9 |
Menentukan perbelanjaan,
menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani
cek dan menetapkan tempat menyimpan
wang. |
| 18.12.10 |
Melantik Pemegang
Amanah dan memberhentikannya pada bila-bila
masa pun. |
| 18.12.11 |
Meluluskan permohonan
mendaftar menjadi ahli dan melaporkannya
kepada Jawatankuasa Bahagian dan Majlis
Tertinggi. |
|
|
FASAL
19
PEJABAT SETIAUSAHA CAWANGAN
Pejabat Setiausaha bolehlah ditempatkan
di mana-mana yang dipersetujui oleh Jawatankuasa
Cawangan dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
|
FASAL
20
DISIPLIN
| |
20.1 |
Majlis Tertinggi berkuasa
menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan
peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan
hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan
ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di
dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan
lain. |
| |
20.2 |
Ahli-ahli Lembaga Disiplin
hendaklah dilantik oleh Majlis Tertinggi yang
terdiri dari ahli-ahli yang tidak berjawatan
dalam parti dan tidak mempunyai kepentingan
dalam pemilihan. |
| |
20.3 |
Majlis Tertinggi boleh
menurunkan kuasa disiplin kepada mana-mana
Jawatankuasa di peringkat Perhubungan Negeri
atau Bahagian. |
| |
20.4 |
Tanpa menyentuh hak Majlis
Tertinggi, Lembaga Disiplin di peringkat Badan
Perhubungan Negeri atau Bahagian, setelah
mendengar dan berpuas hati terhadap pelanggaran
peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika
Ahli UMNO, bolehlah mengenakan mana-mana hukuman
setakat yang diperturunkan kuasa oleh Majlis
Tertinggi. |
| |
20.5 |
Tiap-tiap peringkat parti
hendaklah melaporkan kepada Lembaga Disiplin
mengenai kegiatan mana-mana ahli yang didapati
melanggar disiplin parti untuk tindakan selanjutnya. |
| |
20.6 |
Seseorang ahli atau pihak
yang tidak berpuas hati dengan tindakan disiplin
yang dikenakan keatasnya boleh merayu kepada
Majlis Tetinggi. |
| |
20.7 |
Seseorang ahli yang membawa
apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya
ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan
parti maka keahliannya di dalam parti gugur
dengan sendirinya. |
| |
20.8 |
Semua ahli UMNO hendaklah
cintakan parti dan: |
| |
|
| (a) |
Patuh kepada Perlembagaan
ini dan Tataetika Ahli; |
| (b) |
Mengikut perintah-perintah
parti; |
| (c) |
Menjalankan dasar-dasar
parti; |
| (d) |
Patuh dan menghormati
keputusan-keputusan parti; |
| (e) |
Menjaga rahsia-rahsia
parti; |
| (f) |
Memelihara nama baik
dan maruah parti; |
| (g) |
Senantiasa menunjukkan
tatalaku yang sopan lagi tertib. |
|
| |
20.9 |
Mana-mana ahli yang melanggar
peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika
Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman
yang tersebut dibawah: |
| |
|
| (a) |
Diberi amaran; |
| (b) |
Digantung hak-haknya
dalam parti; |
| (c) |
Dilarang daripada
bertanding bagi mana-mana jawatan dalam
parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan
Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana
tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi; |
| (d) |
Dipecat daripada
parti; |
| (e) |
Dikenakan lain-lain
hukuman yang difikirkan wajar dan selaras
dengan Perlembagaan ini. |
|
| |
20.10 |
Seseorang ahli yang bertanding
sebagai calon Bebas atau parti lawan dalam
pilihan raya akan dipecat daripada parti dan
tidak boleh diterima balik sebagai ahli selama-lamanya. |
| |
20.11 |
Ahli-ahli yang telah dikenakan
hukuman, kecuali yang dikenakan hukuman dibawah
Fasal 20.10 boleh membuat rayaun supaya: |
| |
|
| 20.11.1 |
Menarik balik penggantungan
keahliannya selepas 2 tahun daripada
tarikh ia dihukum. |
| 20.11.2 |
Menarik balik pemecatan
keahliannya selepas 3 tahun daripada
tarikh ia dihukum. |
|
| |
20.12 |
Majlis Tertinggi berkuasa
penuh membuat kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan
berkaitan dengan Tataetika Ahli UMNO, yang
di antara lain melarang penyalahgunaan kuasa
dan wang dengan tujuan mendapat undi atau
sokongan atau untuk mempengaruhi mana-mana
pemilihan bagi pihak sendiri atau bagi pihak
lain atau supaya jangan mengundi mana-mana
orang dalam mana-mana pemilihan parti. |
|
FASAL
21
PERGERAKAN PEMUDA, PERGERAKAN WANITA DAN PERGERAKAN
PUTERI
| |
21.1 |
Pergerakan Pemuda, Pergerakan
Wanita dan Pergerakan Puteri dalam semua peringkat
UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi
berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya. |
|
FASAL
22
LENCANA DAN LAMBANG UMNO
| |
22.1 |
Majlis Tertinggi boleh
mengadakan lencana dan lambang bagi ahli. |
| |
22.2 |
Lencana dan lambang itu
hanya boleh dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha
Agung. |
| |
22.3 |
Bentuk lencana UMNO adalah
sebagaimana bentuk bendera UMNO menurut Fasal
23.1 dengan ditambah huruf-huruf ringkas UMNO
dalam tulisan jawi di penjuru sebelah atas
kanan dan perkataan UMNO di penjuru sebelah
bawah kiri. |
| |
22.4 |
Bentuk lambing UMNO adalah
dari ringkasaan perkataan Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu dalam huruf jawi yang disusun
secara vertical (dari atas ke bawah) dan digrafikkan
secara simitrikal. |
| |
22.5 |
Majlis Tertinggi berkuasa
membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
lencana dan lambang itu. |
|
FASAL
23
BENDERA UMNO
| |
23.1 |
Rupa bendera UMNO adalah
sebagaimana di bawah ini: |
| |
|
| |
Warna merah terletak di atas warna
putih sama lebarnya dan satu bulatan
berwarna kuning terletak ditengah-tengah
bendera itu dan di tengah-tengah bulatan
itu terletak rupa sebilah keris Melayu
terhunus berwarna hijau dan hulunya
menghala ke penjuru di sebelah atas
kiri bendera. |
|
| |
23.2 |
Majlis Tertinggi adalah
berkuasa membuat sebarang peraturan atas penggunaan
bendera itu. |
| |
23.3 |
Sebarang perubahan bentuk
atau corak bendera, hendaklah dipersetujukan
oleh Perhimpunan Agung. |
|
FASAL
24
PUNCA PENDAPATAN
| |
24.1 |
Kewangan UMNO adalah diperolehi
dari: |
| |
|
| 24.1.1 |
Wang pendaftaran
dan Yuran, |
| 24.1.2 |
Derma-derma dan |
| 24.1.3 |
Ikhtiar-ikhtiar lain
di semua peringkat dipersetujukan oleh
Majlis Tertinggi. |
|
| |
24.2 |
Tahun Kewangan UMNO ialah
dari 1hb. Januari hingga 31hb. Disember. |
| |
24.3 |
Pejabat Setiausaha Cawangan,
Bahagian dan Perhubungan hendaklah menghantar
ke Pejabat Setiausaha Agung, Penyata Kira-Kira
bagi sesuatu tahun kewangan yang telah diperiksa
dan disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira. |
|
FASAL
25
YURAN UMNO
| |
25.1 |
Tiap-tiap ahli biasa hendaklah
membayar dengan wangnya sendiri kepada Ibu
Pejabat melalui Cawangan dan Bahagian seringgit
(RM1) bagi Wang Pendaftaran dan seringgit
(RM1) bagi yuran tahunan atau satu ratus ringgit
(RM100) bagi yuran seumur hidup. |
| |
25.2 |
Yuran yang telah ditetapkan
mengikut Fasal 25.1 di atas hendaklah dijelaskan
tidak lewat daripada tarikh mengikut Fasal
24.2 atau satu tarikh yang ditetapkan oleh
Majlis Tertinggi melainkan ia dibayar seumur
hidup. |
| |
25.3 |
Bagi ahli-ahli yang membayar
yuran tiap-tiap tahun, tarikh pembayaran yuran
Cawangan kepada Bahagian dan Bahagian ke Ibu
Pejabat adalah ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. |
|
FASAL
26
CARA MENYIMPAN DAN MENGGUNAKAN WANG UMNO
| |
26.1 |
Tertakluk kepada Fasal
26.6 Badan Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian
dan Jawatankuasa Cawangan boleh menentukan
cara-cara mengutip, menyimpan dan menggunakan
wang UMNO di peringkat masing-masing. |
| |
26.2 |
Wang UMNO, kecuali wang
tunai dalam tangan hendaklah disimpan dalam
Bank Perdagangan atau Bank Simpanan. |
| |
26.3 |
Cek-cek dan borang-borang
mengeluarkan wang dari Bank hendaklah ditandatangani
oleh sekurang-kurangnya dua orang ahli di
peringkat masing-masing. |
| |
26.4 |
Majlis Tertinggi berhak
dan berkuasa di atas semua wang dan harta
benda Badan Perhubungan dan Bahagian-bahagian
yang termasuk di dalam Badan-badan Perhubungan
yang telah dibubarkan. |
| |
26.5 |
Jawatankuasa Bahagian adalah
berhak di atas semua harta benda, wang tunai
di tangan ataupun wang simpanan dalam Bank
atau simpanan di bank bagi sesebuah Cawangan
yang telah dibubarkan. |
| |
26.6 |
Majlis Tertinggi berkuasa
membuat sebarang peraturan berkenaan dengan
kewangan UMNO bagi semua peringkat. |
|
FASAL
27
HARTA ALIH DAN TAK ALIH
| |
27.1 |
Tiap-tiap harta tak alih,
iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Ibu Pejabat
UMNO hendaklah didaftar atas nama UMNO dan
harta tak alih kepuyaan Badan Perhubungan,
Bahagian dan Cawangan bolehlah didaftar atas
namanya masing-masing. |
| |
27.2 |
Tiap-tiap harta alih hendaklah
dipegang dan didaftarkan atas nama Pemegang
Amanah. Majlis Tertinggi dan peringkat-peringkat
lain boleh melantik mana-mana ahli atau syarikat
sebagai Pemegang Amanah dan mereka boleh diberhentikan
pada bila-bila masa jua pun. |
| |
27.3 |
Kuasa untuk menentukan
UMNO membeli, mencagar (bagi faedah sendiri
atau pihak lain), menjual, memindah, memajak
atau menyewa harta benda atau bangunan adalah
terletak kepada Majlis Tertinggi dan bagi
harta benda tak alih kepuyaan Badan Perhubungan,
Bahagian dan Cawangan, kuasa yang sama adalah
terletak kepada Jawatankuasa masing-masing. |
| |
27.4 |
Majlis Tertinggi berkuasa
membuat peraturan untuk melaksanakan tujuan
Fasal 27 ini dan untuk memindahkan nama pemilik
berdaftar bagi harta tersebut kepada oihak-pihak
yang diberi kuasa memilikinya oleh Fasal 27.1. |
|
FASAL
28
PEMERIKSAAN KIRA-KIRA
| |
28.1 |
Perhimpunan Agung Tahunan
hendaklah melantik sebuah Syarikat Juruaudit
yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa
kira-kira wang dan harta parti. |
| |
28.2 |
Mesyuarat Badan Perhubungan,
Perwakilan Bahagian hendaklah memilih dua
orang menjadi Pemeriksa Kira-kira bagi memeriksa
kira-kira Badan Perhubungan, Bahgian dan Cawangan
masing-masing. |
| |
28.3 |
Majlis Tertinggi, Badan
Perhubungan, Jawatankuasa Bahagian dan Jawatankuasa
Cawangan hendaklah memilih Pemeriksa Kira-kira
menggantikan Pemeriksa Kira-kira yang dipilih
oleh peringkat masing-masing jika mereka menarik
diri. |
| |
28.4 |
Majlis Tertinggi berkuasa
pada bila-bila masa menjalankan pemeriksaan
kira-kira wang dan harta Badan Perhubungan,
Bahagian dan Cawangan dan Bahagian berkuasa
memeriksa kira-kira wang dan harta Cawangan. |
| |
28.5 |
Majlis Tertinggi berkuasa
membuat sebarang peraturan mengenai wang Badan
Perhubungan, Bahagian dan Cawangan. |
|
FASAL
29
PERATURAN PERSIDANGAN
| |
29.1 |
Majlis Tertinggi berkuasa
membuat sebarang Peraturan Persidangan Perhimpunan
Agung yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan. |
| |
29.2 |
Peraturan Persidangan Perhimpunan
Agung hendaklah dipakai untuk persidangan-persidangan
parti di semua peringkat. |
|
FASAL
30
MEMINDA PERLEMBAGAAN
| |
30.1 |
Perlembagaan ini atau sebarang
bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan
dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak
kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang
berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas
dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar
Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari
dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan
itu diluluskan. |
| |
30.2 |
Cadangan-cadangan pindaan
kepada Perlembagaan yang dikemukakan oleh
Majlis Tertinggi boleh dipinda oleh Ahli-ahli
Persidangan Perhimpunan Agung Khas dengan
syarat hendaklah dibuat dengan bertulis kepada
Setiausaha Agung, 14 hari sebelum Perhimpunan
Agung diadakan. |
| |
Bahagian-bahagian boleh mencadangkan
pindaan kepada Perlembagaan dengan syarat
mengikut Fasal 8.5.3. |
|
FASAL
31
KUASA SEMENTARA MENGELOLAKAN UMNO
Perlembagaan ini berjalan kuatkuasanya daripada
tarikh yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan
akan tetapi sebarang perbuatan atau pekerjaan yang
telah diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada
Perlembagaan ini diluluskan adalah sah sekalipun
perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai atau tidak
mengikut kehendak Perlembagaan.
|
FASAL
32
TAFSIRAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan di
atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan
Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya
maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi
adalah muktamad.
|