Pas – Dap Musuh Tradisi Saling Membenci

Pas – Dap Musuh Tradisi Saling Membenci

Pas – Dap Musuh Tradisi Saling Membenci

Riuh rendah sekampung pasal cadangan Dap untuk membubarkan parti berbentuk perkauman atau keagamaan seperti Pas sudah sampai kemuncak yang menggoncang keutuhan pakatan pembangkang.

Kesalahan harus terletak di bahu pengerusi kebangsaan Dap, Karpal Singh yang terkenal dengan keceluparan mulutnya.

Inilah yang menjadi masalah pemimpin-pemimpin pembangkang yang suka bercakap tanpa menggunakan akal mereka.

Ini ditambah pula dengan sikap mereka yang cakap tak sama bikin, suka berjanji kepada rakyat tetapi tidak menggotakan apa dijanjikan.

Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

Sifat hentam keromo pemimpin pembangkang yang bercakap tanpa berlandaskan fakta menjadi antara kelemahan utama mereka.

Kerana itulah rakyat amat bijak memilih Barisan Nasional untuk terus menerajui negera oleh kerana ketidakyakinan mereka terhadap kemampuan pembangkang.

Lihat saja kenyataan anak ketua umum PKR, Nurul Izzah Anwar yang bercakap mengenai soal keselamatan negara seolah-olah kapasiti otaknya amat kecil atau mungkin tidak wujud sama sekali.

Mendedahkan rahsia kerajaan sememangnya kegemaran pembangkang kerana mereka mahu melihat negara ini huru hara dan dijajah semula oleh kuasa asing.

Nurul yang menyentuh mengenai dakwaan kehadiran lebih 30 anggota khas atau Special Branch PDRM di kota London mencerminkan ketidakmatangan beliau sebagai ahli politik.

Malah rasa syoknya untuk mendedahkan kepada umum mengenai tugasan anggota keselamatan negara mencerminkan bidalan Melayu, ‘bapak borek anak rintek’.

Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

Kalau si bapa menyokong kewujudan rejim Zionis Israel si anak pula menyokong orang Melayu menjadi murtad.

Itulah mentaliti kebanyakan pemimpin parti pembangkang yang sebenarnya tidak bijak dan lebih pandai cakap kosong dan beretorik semata-matanya.

Apabila mereka membuka mulut tempayan mereka, sama ada kata-kata yang dihemburkan adalah dalam bentuk fitnah, tohmahan atau sesuatu yang tidak langsung masuk akal.

Perbuatan mereka juga menuruti budaya ‘otak letak di lutut’ kerana politik yang diamalkan mereka hanya menjurus kepada kerugian kepada agama, bangsa dan negara.

Pembangkang akan mendedah apa sahaja termasuk soal keselamatan nasional jika ia boleh meraih keuntungan sokongan politik dan undi untuk mereka.

Begitu juga yang berlaku sekarang di antara Pas dan Dap yang sedang bertikam lidah mengenai cakap lepas Karpal yang tersinggung dek sekutunya itu.

Dulu dalam lewat tahun 1980an Karpal juga celupar dengan kenyataan ‘langkah mayat saya dulu’ berhubung cadangan Pas untuk menubuh Negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Pepatah Inggeris menyifatkan hubungan Pas-Dap ini sebagai ‘no love lost’ kerana sesungguhnya kedua-dua parti sememangnya membenci antara satu sama lain.

Bukan disebabkan berlainan ideologi politik kerana itu adalah lumrah dunia politik.

Pas membenci dap sejal azali kerana dap mahu hapuskan hak-hak bangsa Melayu dan mengeluarkan Malaysia daripada sebuah negara Islam kepada sistem republik yang berkiblatkan Kristian.

Dap pula membenci Pas kerana perjuangan untuk menubuhkan Negara Islam dan pelaksanaan hukum syariah bermakna slogan “Malaysian Malaysia” parti itu akan berkubur dan lenyap.

Maka apabila Pas dan Dap bersetuju bergabung di bawah panji Pakatan Rakyat di bawah tipu helah Anwar Ibrahim, penyokong pembangkang terpinga-pinga bagaimana pemimpin Pas yang dilihat agak cerdik juga boleh tertipu bulat-bulat oleh Sang Anwar.

Kini selepas lima tahun bersama Dap dan PKR baru Pas sedar dan merasai bahang panas yang membakar dirinya sendiri hasil perkongsian hidup dengan dua madu!

Elok sajalah Pas keluar dari kerjasama tripartite yang selama ini menjadi igauan menghantui parti itu.

Sebenarnya itulah saja jalan yang perlu ditempuh olehnya jika ia mahu menjaga integriti sebagai sebuah parti berlandaskan perjuangan nilai-nilai Islam.

Bagaimana sebuah parti Islam yang sepatutnya tinggi status dan martabat kerana ia menjunjung agama Tauhid boleh tunduk dan berada di bawah tapak kaki sebuah parti yang menyokong fahaman liberalisme dan budaya LBGT dan satu lagi anti-Islam dan anti-Melayu.

Jawapannya hanya apa pada pemimpin dan ahli-ahli Pas kerana selain daripada mereka hanya bertindak sebagai pemerhati atau paling tidak sekadar memberi nasihat.

Add Comment