Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

KOTA KINABALU, 13 Feb – Pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO negeri diminta menjelaskan kepada rakyat di peringkat akar umbi mengenai hak dan kepentingan Sabah seperti yang terkandung dalam perlembagaan bagi mengelak mereka dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab.

Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said Keruak ketika memberi peringatan itu berkata, langkah itu penting memandangkan ada pihak-pihak tertentu cuba memutarbelitkan isu hak dan kepentingan Sabah untuk mencari keuntungan politik.

Beliau berkata Pemuda UMNO perlu bersikap proaktif dalam mempertahankan hak-hak Sabah sebagaimana termaktub semasa pembentukan Malaysia dahulu.

“Pergerakan Pemuda UMNO perlu dilihat berprinsip teguh dalam menghadapi isu ini kerana banyak pihak cuba memanipulasi soal hak Sabah ini bagi kepentingan politik mereka. Bukan bermaksud bersikap konfrontasi, tapi kita kena manfaatkan UMNO sebagai parti nasional untuk mempertahankannya,” katanya.

Related: Taib Mahmud Letak Jawatan 28 Feb Ini, Adenan Satem Ketua Menteri Sarawak

Beliau berkata demikian kepada rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Sabah diketuai ketuanya, Mohd Yamani Hafiz Musa yang mengunjunginya di sini hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak membangkitkan isu ‘Sabah for Sabahan’ dan isu Perjanjian 20 Perkara untuk mempengaruhi pemikiran dan sentimen rakyat Sabah.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah berkata Pemuda UMNO perlu sentiasa berada di hadapan dalam menangkis dakyah politik yang dimainkan pembangkang, menghadapi cabaran serta isu-isu semasa demi kelangsungan perjuangan.

Menurutnya, sebagai anak muda dan kumpulan paling ramai dalam parti, pimpinan Pemuda tentunya lebih memahami denyutan nadi rakyat di peringkat akar umbi dan menjadi sebagai jambatan di antara rakyat dan kerajaan.

Salleh berkata Pemuda UMNO Sabah di bawah kepimpinan Yamani Hafiz telah mengatur pelbagai program turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi tetapi beliau mengingatkan supaya usaha itu dilakukan secara berterusan dan bukannya bermusim.

Add Comment