Jangan Ditipu Berkali-kali Oleh Orang Yang Sama…

Jangan Ditipu Berkali-kali Oleh Orang Yang Sama…

Jangan Ditipu Berkali-kali Oleh Orang Yang Sama…

Tidak ada angin, tidak ada ribut, tup-tup kecoh satu negara apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh dari parti PKR meletakkan jawatannya sebagai ADUN di kawasan tersebut. Lebih ribut, apabila keesokkan harinya, tanpa berlengah sesaat Anwar Ibrahim muncul di sisi bakal mantan MB Selangor, Khalid Ibrahim mengumumkan beliau akan bertanding bagi jawatan yang telah dikosongkan itu.

Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

Inilah permainan politik Anwar. Tanpa mengira masa, tanpa mengira kos, tanpa mempedulikan apa perasaan rakan-rakan sekutu di dalam pakatan, suara rakyat apatah lagi, hanya picisan baginya, namun jika survival politiknya sudah mula terasa tergugat, maka beliau akan berbuat sesuatu tanpa mempedulikan risiko dan beban khususnya kepada rakyat, untuk menyelamatkan nyawa politiknya.

Dalam menyelami tindakan Anwar ini, kita boleh melihat rasionalnya Anwar secara tiba-tiba mengarahkan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi DUN di Kajang, untuk memberikan laluan terhadap beliau untuk bertanding.

Apa yang dapat kita lihat hari ini ialah PRK DUN Kajang merupakan helah-usaha-benteng  Anwar untuk bersedia menghadapi kes liwatnya yang bakal bermula pada bulan Februari ini.

Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

PRK Dun Kajang ini merupakan benteng pertahanan awal di mana sekiranya berlaku apa-apa yang mengancam survival politiknya, atau boleh memecahkan tembelangnya, maka Anwar akan menggunakan ia sebagai momokan dengan mendakwa segalanya adalah perancangan UMNO untuk membunuh karier politiknya.

Penulis yakin, bahawa percaturan di DUN Kajang ini bukanlah berlaku dalam masa sehari dua, tetapi ianya telah dirancang dan diatur dengan lebih awal tanpa pengetahuan rakan-rakan sekutu PKR di dalam pakatan pembangkang.

Ia juga merupakan satu strategi pengalihan isu untuk menutup isu-isu yang boleh menggoncangkan kepercayaan rakyat terhadap PKR dan juga dirinya, umpamanya kemelut Azmin dan Khalid, serta isu rumahtangga Nurul Izzah yang sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.

Dan perancangan dan strategi pengalihan isu Anwar  seperti biasa, berjaya. Hari ini, tidak ada lagi cerita tentang Khalid dan Azmin, tidak ada lagi cerita tentang penceraian Nurul Izzah, tetapi masyarakat alam maya dan realiti lebih fokus kepada isu di DUN Kajang.

Sememangnya, inilah cara Anwar berpolitik. Licik dan penuh muslihat. Anwar sememangnya pakar dalam usaha mengalihkan isu. Mencipta persepsi bagi Anwar adalah jalan terbaik untuk mendoktrin pemikiran rakyat dan penyokong yang taksub kepadanya.

Dari isu pengundi hantu, kemudian kepada isu rakyat  Bangladesh mengundi, isu blackout, merupakan persepsi yang dicipta hasil daripada perbincangan pakar-pakar strategi di dalam PKR.

Anwar tetap dengan cara berpolitiknya. Mulutnya berkata peduli tentang rakyat, tetapi tindak tanduknya dalam membuat keputusan politik, hakikatnya adalah untuk survival dirinya dan keluarganya dalam arena politik negara. Beliau tetap mendapat keuntungan, hasil strategi dan persepsi yang diciptanya.

Namun yang rugi sebenarnya adalah rakyat, khususnya rakyat di DUN Kajang. Rakyat menjadi mangsa permainan politik Anwar yang begitu desperado untuk diselamatkan. Lebih malang lagi, apabila ada diantara kita yang terus percayakan Anwar, biarpun satu demi satu tembelang dan pembohongannya terbongkar.

Kepada rakyat dan penyokong tegar Anwar, cukuplah sekali ditipu, jangan biarkan diri kita ditipu berkali-kali oleh orang yang sama kerana jika demikian, maka itu bodoh namanya…

Jaiman Anuar

Add Comment