Berita Berkenaan

Post-Plugin Library missing

Karikatur :

no images were found



Kategori Berita Pemuda

Rakyat Tuntut Siasatan Tindakan Pembangkang, Laporan Media Luar

KUANTAN, 13 Mac – Ketua Pemuda UMNO Kuantan, Datuk Suffian Awang mendesak pihak terbabit agar menjalankan siasatan segera terhadap dakwaan media Filipina yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pencerobohon militan di Lahad Datu yang telah mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, perkara ini perlu disiasat memandangkan rakyat mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya benar, pihak yang terbabit perlu diheret ke muda pengadilan.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mempersoalkan bagaimana media Filipina mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan siasatan perisikan Filipina yang secara langsung menyebut nama ketua Pembangkang dalam laporan mereka itu.

“Jika kita lihat kronologi kenyataan Tian Chua, dan juga nyanyian Anwar Ibrahim dalam video yang telah disebar luas tentang ‘ramalannya’ Sabah akan hilang, ia seperti ada kaitan yang boleh menimbulkan persoalan dan rasa ingin tahu rakyat sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut,” tegasnya di sini hari ini.

Kronologi berdasarkan kenyataan Tian Chua sehari selepas dua anggota keselamatan negara terbunuh, rakaman video nyanyian Anwar Ibrahim yang mengatakan Sabah akan hilang dan juga laporan media Filipina berdasarkan hasil perisikan negara tersebut, memperlihatkan seolah-olah ada dalang disebalik kejadian tersebut, ujarnya.

“Bahkan di dalam surat khabar tempatan baru-baru ini ada mendedahkan kenyataan seorang lelaki yang menjadi tawanan pemberontak yang mengatakan bahawa pencerobohan itu berlaku kerana mereka menuntut janji seorang VIP di negara ini yang menjanjikan sebahagian tanah di Sabah untuk mereka,” jelasnya.

Perkara ini menurut beliau yang juga exco Pemuda UMNO Malaysia, merupakan sesuatu yang amat serius sekiranya benar ada pemimpin pembangkang yang terlibat maka ia amat merbahaya kerana pihak tersebut bukan saja ingin menjatuhkan kerajaan BN malah telah menyebabkan kedaulatan negara tercemar dan memperjudikan nyawa rakyat di negara ini.

“Jadi saya mewakili generasi muda di dalam UMNO sekali lagi mendesak agar pihak terbabit menjalankan siasatan secara menyeluruh terhadap dakwaan tersebut yang secara nyata dan jelas membabitkan nama Ketua Pembangkang dalam isu pencerobohan Lahad Datu ini.

“Saya juga berkeyakinan, seluruh rakyat di negara ini juga mahu tahu sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut dan sekiranya  benar-benar wujudnya penglibatan pihak pembangkang, maka individu terbabit perlulah di bawa ke muka pengadilan untuk dibicarakan kerana menjadi pengkhianat kepada negara,” ujarnya.


Berita Bertarikh Pada 8:11 AM