Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

Kempen Ganas : Pembangkang Ibarat Cuba “Main Batu Sembunyi Tangan”

KUALA LUMPUR, 11 Feb – Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang dari 11 hingga 23 Mac ini termasuk gerakan-gerakan provokasi yang sememangnya sudah menjadi amalan pihak pembangkang pada setiap pilihanraya kecil yang diadakan.

Ketuanya, Zainuri Datuk Zainal berkata belum kempen bermula pakatan pembangkang sudah pun mengeluarkan kenyataan-kenyataan berunsur provokasi kononnya Barisan Nasional (BN) dan Pemuda BN sendiri akan membuat keganasan pada tempoh waktu berkempen nanti.

Related: Pemuda UMNO Kedah Gesa SPRM Mulakan Siasatan Kes Balak Papua New Guinea

“Kita tak amalkan politik ganas ini, mereka sengaja mereka-reka cerita bahawa BN amal politik ganas ini semata-mata untuk mengaburi mata rakyat bahawa BN terdesak untuk menang di DUN Kajang, tetapi kita juga nak beritahu, merekalah yang sebenarnya mengamalkan politik keganasan ini pada PRK atau PRU sebelum ini.

“Justeru itu, tak payahlah guna taktik politik murahan dengan membuat tuduhan kepada pihak lain sedangkan rekod selama ini menunjukkan merekalah yang mengamalkan politik ganas terutama apabila membabitkan PKR. Pada pilihan raya umum lalu, mereka jugalah yang telah menahan bas kilang kononnya membawa pengundi hantu.  Itu belum lagi sepanduk atau bahan kempen yang menjurus kepada unsur provokasi yang melampau” ujarnya yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Klang.

Jelas beliau lagi sudah menjadi amalan pakatan pembangkang yang sentiasa melempar tuduhan kepada BN sedangkan merekalah selama ini yang sentiasa mencetuskan suasana tidak tenteram pada setiap pilihanraya diadakan.

Related: Pemuda Perlu Tangkis Dakyah Pembangkang Putar Belit Isu Hak Sabah, Kata Salleh

“Kepada pembangkang kita ingatkan mereka usah ‘lempar batu sembunyi tangan’.  Jentera kita sudah bersedia untuk menangkis apa jua taktik kotor mereka di Kajang apatah lagi yang bertanding nanti ketua umum mereka yang cukup terkenal dengan permainan wayangnya. 

“Kita yakin mereka sudah merancang sesuatu dan kita akan pastikan jentera kita tidak masuk dalam perangkap mereka. ,” tambahnya lagi.

Add Comment